SHAH ALAM: Peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tidak lagi mewakili bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.
Peguam, M Puravalen daripada Tetuan Valen, Oh & Partners, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media pada Jumaat.
“Ini merupakan isu antara anak guam dan peguam, ia adalah sulit dan tidak beretika untuk didedahkan kepada sesiapa.
“Bagaimanapun, saya akan terus mewakili Tun (Daim) dan Toh Puan (Naimah),” katanya yang enggan mengulas mengenai punca perkara itu.
Pada 23 Januari lalu, Na'imah, 67, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.
Harta itu membabitkan dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua Mercedes Benz, selain lapan hartanah membabitkan Menara Ilham dan sebuah kediaman di Bukit Tunku, di sini serta enam lagi bangunan dan lot tanah di Taman Tunku dan Bukit Tunku, di sini; Jalan Cantoment Road, Penang serta Jalan Anthinahapan, Taman Tun Dr Ismail, di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Dalam kes itu, Mohd Yusof, Puravalen, Md Yunos Shariff dan Alex Tan Chie Sian hadir bagi mewakili Na’Imah manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.
Pada 21 Disember 2023, media melaporkan bahawa SPRM telah menyita Menara Ilham milik keluarga itu.
Sementara SPRM pada 30 Disember tahun sama mengesahkan, bekas pemimpin kanan UMNO itu disiasat berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari 2023.
Tidak lama kemudian, empat lagi individu berkaitan dengan Daim turut dipanggil memberi keterangan.
Pada 10 Januari lalu, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain Daim, 86, isterinya, Nai’mah dan empat anak, Asnida, 63, Md Wira Dani, 46, Muhammed Amir Zainuddin, 29, Muhammed Amin Zainuddin, 26, serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama menerusi Tetuan Tommy Thomas.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 26 2024
![Tiga peguam sah tidak wakili Daim dan isteri Tiga peguam sah tidak wakili Daim dan isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706261217_TBtundaimjpg.jpg)
Peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tidak lagi mewakili bekas Menteri Kewangan Tun Dr Daim Zainuddin dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.- Gambar fail
![Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739957149_TBCourtHammer.jpg)
Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
![Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725951559_TohPuanNaimahAbd.jpg)
Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.
![Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737098566_AzamBaki.jpg)
Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wujud indikator yang menunjukkan terdapat aset luar negara yang perlu dikesan berhubung kes berkenaan.
![Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736929062_TBNaimah.jpg)
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
![Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725951559_TohPuanNaimahAbd.jpg)
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.
![Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732084664_tbkesTunDaim.jpg)
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
!['Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir 'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705979477_TBMASHUP.jpg)
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
![Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732084947_tbDatukDrGurdialS.jpg)
Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
![Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731910777_TunDaimTunDaimZ.jpg)
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
![Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731676035_TBDaim.jpg)
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
![Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731476475_DrMahathir.jpg)
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.