PUTRAJAYA: Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata menurut laporan awal, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi itu pengsan dalam lubang pembetung dengan kedalaman lima meter ketika melakukan kerja pemasangan kabel.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya) menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang sebelum kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM).
Beliau berkata semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kapada polis untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan malam ini, berkata siasatan mendapati kesemua mangsa merupakan rakan sekerja bersama pengadu dan sedang menjalankan kerja mencari lurang sebuah syarikat komunikasi.
Beliau berkata sebaik jumpa di bawah timbusan tanah, pengadu telah membuka penutupnya untuk memastikan pemiliknya, beliau telah mengarahkan ketiga-tiga warga Indonesia itu untuk tidak melakukan apa-apa dan terus ke lori untuk mengambil barangan.
"Selepas itu, pengadu terdengar jeritan daripada seorang lelaki Indonesia bernama Adnani yang menyatakan rakannya Febri dan Jufri telah terperangkap dalam 'lurang berkenaan. Pengadu cuba menghalang Adnani yang berkeras mahu menyelamatkan rakannya namun gagal dan terperangkap sekali dalam 'lurang'," katanya.
Wan Kamarul Azran berkata pengadu berumur 31 tahun itu cuba menyelamatkan ketiga-tiga lelaki itu dengan menggunakan tali tetapi tidak berdaya kerana terhidu gas beracun (ammonia).
Hasil pemeriksaan polis mendapati tiada tanda kecederaan atau luka berlakunya jenayah pada badan mangsa dan kesemuanya telah dibawa ke Hospital Serdang bagi ujian saringan awal COVID-19 sebelum bedah siasat dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM). - Gambar/ JBPM

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.

JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift
Kemalangan membabitkan pekerja lelaki itu berlaku pada 9.40 malam Isnin lepas dan mangsa ialah pemandu forklift berkenaan.

JKKP tutup lokasi letupan bunga api untuk siasatan lanjut
JKKP Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan menutup lokasi letupan bunga api di sebuah hotel di Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Kilang kitar semula di Banting kena notis larangan kerana pekerja maut terjatuh
Sebuah kilang kertas kitar semula di Banting diberi notis larang serta merta susulan kematian seorang pekerja.

Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.

Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber
Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.

Tiga pekerja maut dalam lubang pembetung di Cyberjaya
Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, hari ini.

Dua maut, dua cedera dalam letupan di loji kimia di Samalaju
Dua pekerja sebuah syarikat perindustrian di Samalaju Bintulu, maut dalam insiden dipercayai letupan loji pada petang Isnin.

Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu
Seorang pekerja warga Nepal maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Nilai dekat sini pagi tadi.

JKKP arah lombong henti operasi selepas pekerja maut jatuh dalam palong pengisar
Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.