Ketiga-tiga pelakon dalam klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala lumpur pada Selasa.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pada 10.30 pagi ini pihak polis merekodkan keterangan dua orang pelakon lelaki yang berusia 32 dan 36 tahun berhubung kes video itu.
"Pelakon wanita berusia 32 yang melakonkan watak "Mrs Jit" memberikan keterangannya jam 3 petang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.
"Anggota Parlimen Seputeh juga akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dengan mereka telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Sementara itu, pelakon yang memegang watak sebagai 'Mrs Jit' ketika ditemui pemberita mendakwa dia tidak tahu yang watak dipegangnya menyerupai tingkah laku salah seorang isteri pemimpin di negara ini.
"Skrip diperolehi oleh saya pada hari yang sama penerbitan video itu," katanya.
Sementara lelaki yang memegang watak sebagai 'Master Yan Yan" pula berkata dia hanya memainkan watak yang diberi kepadanya ketika klip video itu dirakamkan.
Ditanya bayaran yang diterimanya, lelaki berkenaan menjawab:
"You (pemberita) boleh bertanya kepada Teresa Kok mengenai bayaran, selebihnya saya tidak mahu komen".
Bernama cuba mendapatkan keterangan daripada seorang lagi pelakon yang memegang watak sebagai "Brother Wai", namun gagal selepas dia bergegas meninggalkan kawasan IPK dengan menaiki kereta Honda City.
Bernama
Tue Feb 11 2014
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tiga pelakon klip video beri keterangan kepada polis
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.
Keracunan makanan: Teresa Kok tidak mempunyai laporan perubatan
Kok berkata beliau juga tidak mempunyai laporan perubatan mengenai tekanan mental dan keadaan fizikalnya apabila ditahan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia dari 12 hingga 19 Sept, 2008.