Tiga pengarah syarikat yang pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta Ogos lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah kira-kira RM10.2 juta.
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua lapan pertuduhan.
Dalam kamar di hadapan Hakim Rozilah Salleh, tertuduh pertama, Wan Asri Wan Hassan, 44, didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Dia dituduh menerima wang berjumlah RM100,000 melalui cek milik Tetuan Alira & Co, sejumlah RM1,340,000 melalui lima keping cek atas nama Ri Bina Niaga dan RM1,260,000 melalui lima keping cek atas nama Kunci Niaga yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Sementara itu, tertuduh kedua, Mohd. Azizi Mahusin, 45, didakwa dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.
Dia didakwa menerima wang berjumlah RM1,250,000 melalui tiga keping cek iaitu dua keping berjumlah RM500,000 dan sekeping berjumlah RM250,000 milik Tetuan Alira & Co yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 30 Mac 2016 dan 6 Jun 2016 di Malayan Banking Berhad di Seksyen 13, Shah Alam.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 15 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Hakim Rozilah membenarkan Wan Asri diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin sementara Mohd. Azizi pula dijamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.
Manakala itu, di kamar mahkamah berlainan di hadapan Hakim Asmadi Hussin, tertuduh ketiga, Muhammad Ghazali Abdul Majid, 40, dituduh dengan empat pertuduhan iaitu satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Ghazali dituduh menerima wang berjumlah RM540,000 melalui tiga keping cek milik Tetuan Alira & Co yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, dia dituduh melibatkan diri dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu memberi arahan dalam pemindahan wang ke dalam akaun Mega Bina Resources berjumlah RM1,525,000, akaun Mega Solution Advertising berjumlah RM1,975 juta dan memberi arahan dalam pemilikan wang milik syarikat Zilerie Global Sdn. Bhd. berjumlah RM2,243,125.20 di dalam akaun Malayan Banking Berhad milik Alira & Co.
Hakim Asmadi Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
Tarikh sebutan semula bagi semua kes ialah pada 2 Disember 2016.
Pendakwaan bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asnawi Abu Hanipah.
Astro Awani
Thu Nov 03 2016

Tiga pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta. - Foto SPRM
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.

Tiga pengarah syarikat didakwa terlibat pengubahan wang haram RM10.2 juta
Tiga pengarah syarikat penerbitan buku mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta.