Tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti di Teluk Air Tawar, dekat sini yang melarikan diri dalam kejadian Selasa lepas berjaya ditahan semula dalam dua serbuan di Pendang, Kedah, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua daripada tiga remaja lelaki itu ditahan di Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang kira-kira pukul 1.45 pagi semalam manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah juga di Pendang pada 6.40 petang semalam.
"Dua remaja itu ditahan hasil maklumat orang ramai yang memaklumkan kepada polis terdapat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan duduk di kawasan berkenaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati mereka merupakan penghuni Sekolah Tunas Bakti yang melarikan diri dalam kejadian pada Selasa.
"Polis juga merampas dua buah motosikal jenis Yamaha Ego dan Honda Ex5 yang dicuri mereka semasa melarikan diri di kawasan Teluk Air Tawar bersama dua remaja berkenaan," katanya di sini hari ini.
Katanya susulan penahanan dua remaja itu, polis berjaya mengesan seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri dalam kejadian berkenaan bersembunyi di sebuah rumah di Pendang sebelum menahan remaja tersebut.
Noorzainy berkata tiga remaja berusia 17 hingga 18 tahun itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan mereka turut disiasat berhubung kes curi motosikal.
Tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti di Teluk Air Tawar dekat sini dilapor melarikan diri semasa program ceramah harian di sekolah itu pada Selasa dan kehilangan mereka berusia antara 17 dan 18 tahun itu disedari apabila warden yang bertugas mengambil kehadiran pelajar setelah program ceramah tamat pada 2.30 petang.
Menurut warden di situ, tiga penghuni itu dilihat menyapu sampah dan menolong membersihkan kawasan di tepi pagar berhampiran dewan ketika program ceramah berlangsung sebelum mereka melarikan diri.
Hasil pemeriksaan di kawasan pagar itu, polis menemui kesan pagar dirosakkan dan ditutup dengan zink, dipercayai digunakan tiga penghuni terbabit sebagai laluan mereka keluar dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu, mereka dilihat mencuri dua motosikal tidak jauh dari sekolah berkenaan untuk melarikan diri.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata polis menahan dua pengedar dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai RM3,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Lahar Tiang, di sini kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
"Dua lelaki yang bekerja sebagai buruh dan positif dadah itu dipercayai mendapatkan bekalan daripada sindiket pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula serta menjual kepada pembeli mereka di sekitar Kepala Batas," katanya.
Katanya dua lelaki yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
![Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula Tiga penghuni sekolah Tunas Bakti larikan diri berjaya ditahan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507773173_PRISONJAIL.jpg)
Tiga remaja itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan mereka turut disiasat berhubung kes curi motosikal. - Gambar hiasan
![Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan' Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
![Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739267597_NancyShukri.jpg)
Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
![Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730006850_TBcurienjin.jpg)
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
![Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724980520_HamzahAhmad.jpg)
Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki
Susulan operasi, sekurang-kurangnya lapan kes curi kabel berjaya diselesaikan iaitu di Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan.
![Pasangan kekasih curi motosikal dicekup Pasangan kekasih curi motosikal dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721476042_WOMENHANDCUFF.jpg)
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
![Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714636719_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
![Tiga calon SPM ditahan curi EX5 Tiga calon SPM ditahan curi EX5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704679900_TBcalonSPMjpg.jpg)
Tiga calon SPM ditahan curi EX5
Mereka ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
!['Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara 'Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700738152_HandcuffGari.jpg)
'Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara
Suspek dihukum penjara lapan bulan kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu jalani pengawasan polis selama setahun hingga Oktober 2024.
![Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685701778_TBacp.jpg)
Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.
![Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC' Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655384537_curimotosikal.jpg)
Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.
![Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631147564_TBCURIMOTORjpg.jpg)
Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas
Semua remaja lelaki berusia 13 hingga17 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka Tengah.