ALOR SETAR: Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Plaza Tol Hutan Kampung, 26 November lalu.
'
Cheah Jui Huat, 50, Lee Kean Chuan, 40, dan Ling Khay Sing, 42, didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menjalankan penyeludupan migran di Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 9.25 pagi 26 November lalu.
Ketiga-tiga tertuduh memandu tiga buah kereta berasingan iaitu Proton Saga BLM, Proton Exora dan Proton Wira dimana membawa 12 perempuan dan lima lelaki PATI warga Myanmar.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih dari RM250,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syaliati Mohd Sobri manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 22 2021

Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Plaza Tol Hutan Kampung, 26 November lalu. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.
"Ingatkan Amerika sahabat kami" - Rakyat Kanada
Langkah terbaru Presiden AS, Donald Trump, yang menaikkan duti eksport Kanada telah mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Kanada.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Ramadan: Keunikan bubur lambuk Masjid India Jalan Duke
Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.
JDT sedia buat pelaburan untuk perkukuh pasukan - Tunku Ismail
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad untuk memperkukuh pasukan Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan perancangan baharu untuk memperbaiki skuad dan terus berbangga dengan perjuangan kelab dalam kejohanan elit Asia.

Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak perempuan tiga tahun
Seorang pengasuh didakwa atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
[TERKINI] Bas terbalik di PLUS arah utara di Rembau, 40 penumpang terselamat
Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Rembau awal pagi tadi.
Enam penumpang cedera dan telah menerima rawatan segera, manakala 34 yang lain terselamat. Pemandu bas dilaporkan pitam sebelum hilang kawalan.
Enam penumpang cedera dan telah menerima rawatan segera, manakala 34 yang lain terselamat. Pemandu bas dilaporkan pitam sebelum hilang kawalan.
'Lone Ranger' Edar Dadah Ditahan di Batu Pahat
Seorang lelaki berusia 57 tahun yang bergerak secara solo untuk mengedar dadah ditahan di Taman Puteri Jaya, Batu Pahat. Polis merampas lebih sekilogram estacy dan 1,850 biji pil Eramin 5 bernilai RM282,530 dalam serbuan tersebut.

Tiga peniaga didakwa seludup PATI
Ketiga-tiga tertuduh didakwa menjalankan penyeludupan migran di Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 9.25 pagi 26 November lalu.