ALOR SETAR: Tiga peniaga sayur dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah selepas didapati tidak meletakkan tanda harga dan menaikan harga selepas dikesan menerusi Op Sayur yang dijalankan hari ini.
Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak berkata, operasi tertumpu di pasar awam di negeri ini mensasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh yang sah.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu kenaikan harga barangan yang berlaku sepertimana yang dibangkitkan oleh pengguna dan pihak media di negeri ini.
Katanya, dalam usaha memerangi kenaikan ini seramai 172 orang Pegawai Penguatkuasa dan 52 orang pegawai pemantau harga digerakkan di seluruh negeri bagi membuat pemeriksaan.
"Dalam usaha untuk mengenalpasti punca kenaikan harga jadi kita sekarang meneliti rangkaian pembekalan sayur ini sama ada daripada pihak peruncit atau pihak pembekal.
"Kita juga sentiasa mendapatkan maklumat harga sayur terkini dari ladang melalui FAMA, jadi berpandukan pada harga harga ini kita akan menyelidik sama ada terdapat aktiviti pencatutan tidak kira di peringkat pembekal ataupun di peringkat akhir iaitu diperingkat peniaga," katanya.
Jelasnya, sepanjang perlaksanaan Ops Sayur sebanyak 171 pemeriksaan dilakukan dan sebanyak 12 notis bertulis (NB) dan 89 Notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) dikeluarkan kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat untuk dianalisa sekiranya peniaga didapati menaikkan harga yang tidak munasabah.
Kesemua tindakan itu disiasat dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
KPDNHEP Kedah memberi amaran akan mengambil tindakan bukan saja kepada peniaga malah orang tengah yang meraih keuntungan dan boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga.
"Alasan yang kita terima kalau kata dari peringkat peruncit biasanya dia kata kenaikan harga daripada pihak pembekal. Jadi benda ini kita kena keluarkan notis bertulis untuk semak berapa margin keuntungan dan kita buat perbandingan harga bagi untuk tiga tahun.
"Jadi di peringkat pembekal pun sama juga kenaikan daripada ladang tapi kita siasat semua ini," katanya.
Rae Morn berkata, sepanjang tahun ini sebanyak 69,654 buah premis telah diperiksa bagi seluruh negeri Kedah dan sebanyak 929 telah dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan.
Ia membabitkan nilai kompaun sebanyak RM154,000 dan rampasan sebanyak RM607,051.75.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 02 2021

Sepanjang tahun ini sebanyak 69,654 buah premis telah diperiksa bagi seluruh negeri Kedah dan sebanyak 929 telah dikenakan tindakan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiga peniaga sayur dikompaun dalam Op Sayur
Sebanyak 171 pemeriksaan dilakukan dan sebanyak 12 notis bertulis (NB) dan 89 Notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) dikeluarkan.