Tiga projek di bawah Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak yang dahulunya dikenali sebagai Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Perwira, dijangka dimulakan tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, tiga projek itu di Segari, Seri Iskandar dan Tapah Road akan melibatkan 1,860 unit rumah teres.
Menurut beliau, walaupun ada pihak membuat pelbagai spekulasi mengenai projek untuk bekas tentera dan polis itu, tetapi kerajaan negeri komited untuk meneruskan janji yang telah dibuat.
"Cuma disebabkan oleh beberapa perkara, ia terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau memberitahu, projek di Segari yang dijangka dimulakan bulan depan mempunyai 304 unit rumah manakala di Seri Iskandar (950 unit) dan Tapah Road (606 unit).
Menurut Zainol, selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti kemampuan pesara, kerajaan negeri telah menetapkan rumah teres setingkat ini mesti berharga kurang daripada RM145,000 seunit.
"Harga ini jauh lebih rendah dengan harga pasaran yang mencecah antara RM200,000 dan RM25,000 seunit dengan keluasan antara 950 sehingga 1,000 kaki, tiga bilik dan dua bilik air," ujarnya.
Katanya, selain tiga projek itu, kerajaan negeri juga sedang mencari lokasi yang sesuai di daerah-daerah lain di seluruh negeri.
RPT Perwira telah dirancang sejak 2012 tetapi tergendala kerana beberapa isu, termasuk pertukaran pemaju dan masalah tanah dan harga yang tidak sesuai untuk pesara.
"Misalnya, projek di Segari, selepas kerja-kerja pembersihan dan meratakan tapak dibuat, ia terpaksa dipindahkan ke lokasi lain kerana di bawah tapak asal mempunyai batu granite," jelas Zainol.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 06 2017
Tiga projek di bawah Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak yang dahulunya dikenali sebagai RPT Perwira, dijangka dimulakan tahun ini. - Gambar hiasan
Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan
Untuk pertama kali dalam lebih setahun, rakyat Palestin dapat tidur tanpa rasa takut bahawa bom yang tidak dijangka akan menghujani rumah atau khemah mereka.
Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.
Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.

Wujudkan globalisasi seimbang melalui kepengerusian ASEAN
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, keseimbangan antara hubungan diplomatik, pengekalan kedudukan sebagai rakan dagang yang strategik dan kebolehan untuk bertindak balas terhadap perubahan global adalah kunci kepada masa depan ekonomi negara.
Anwar seru rakyat utamakan nilai kemanusiaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya menghormati serta mengutamakan nilai kemanusiaan dalam membentuk Malaysia sebagai negara bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.

Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 8 jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi ahad.
Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.

[TERKINI] Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Pukul OKU: Lima suspek ditahan, beberapa individu dikesan bantu siasatan - Polis
Kesemua suspek yang berusia di antara 18 dan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Diskaun 10-30 peratus servis kereta di PETRONAS AutoExpert - Armizan
"Pengguna-pengguna boleh mendapat diskaun 10-30 peratus untuk menservis kereta dalam tempoh yang akan diumumkan bagi minyak pelincir, mineral dan semi sentetik," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan
“Saya belum terima keputusan siasatan, tiada keperluan pun untuk beri keputusan kepada saya. Saya rasa biarkan kes ini ikut aturan undang-undang, beri ruang kepada siasatan.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

AWANI Ringkas: PM hadiri WEF 2025 di Davos
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zainol jangka lebih ramai wakil rakyat UMNO keluar parti
Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak menolak kemungkinan lebih ramai kalangan Adun dan Ahli Parlimen UMNO buat keputusan untuk keluar parti.
Tiga projek Perumahan Khas Perwira dimulakan tahun ini
Tiga projek di bawah Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak yang dahulunya dikenali sebagai Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Perwira, dijangka dimulakan tahun ini.
Zainol: Pemain Perak tidak perlu risau dengan laporan polis dan SPRM
Pegawai dan pemain pasukan liga super Perak tidak perlu bimbang dengan laporan polis dan SPRM, sekiranya mereka tidak terlibat, kata Datuk Zainol Fadzi Paharudin.