LUMUT: Tiga pusat hiburan diserbu selepas didapati beroperasi tanpa lesen menerusi Op Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 sekitar daerah Manjung di sini pada Sabtu.
Serbuan bermula jam 10 malam itu dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, premis berkenaan gagal mengemukakan lesen hiburan sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Tindakan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 turut dikenakan terhadap tiga lelaki berusia 20, 52 dan 53 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis berkenaan.
"Selain itu, tiga pelanggan berusia 28 hingga 46 tahun turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang apabila gagal mengimbas aplikasi MySejahtera ketika berada di premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurutnya, komponen karaoke seperti unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, amplifier, pembesar suara, mikrofon, papan kekunci, televisyen dan bil dirampas untuk tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 13 2022
Salah sebuah pusat karaoke diserbu polis kerana beroperasi tanpa lesen sah dari PBT di Manjung. -Foto ihsan PDRM
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
14 maut dalam kebakaran di pusat karaoke di Vietnam
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat karaoke di wilayah Binh Duong di selatan Vietnam.
Kegagalan pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran maut di pusat karaoke
Keputusan itu diperoleh hasil siasatan Unit Forensik Bomba di dalam premis terbabit.
Tiga pusat karaoke beroperasi tanpa lesen diserbu
Nor Omar Sappi berkata, premis berkenaan gagal mengemukakan lesen hiburan sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pusat karaoke sedia GRO Korea Selatan diserbu
Ketika serbuan tiada yang dapat meloloskan diri kerana premis tersebut sudah dikepung sepenuhnya.
19 maut kebakaran di pusat karaoke
Seorang ahli kumpulan ditikam sehingga mati sebelum pusat berkenaan dibakar yang menyebabkan 18 individu lain terperangkap di dalam.
Pusat hiburan keluarga di Sarawak dibenar beroperasi 1 Nov - JPBN
Pusat Hiburan Keluarga atau pusat karaoke berbilik di pusat beli-belah di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini, dengan pengoperasiannya perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan.
Pelanggan, pemilik pusat hiburan dikompaun RM61,000
Serbuan jam 10 malam itu mengesan pusat karaoke ini beroperasi dengan menutup pintu hadapan dan hanya membuka pintu kecil di bahagian tepi.
COVID-19: Singapura lapor 88 kes jangkitan tempatan, tertinggi dalam tempoh setahun
Dalam kalangan kes baharu itu, 42 dikaitkan dengan kluster di Pelabuhan Perikanan Jurong selain 25 kes dikaitkan dengan kluster KTV.
Kelab malam, pub dan pusat karaoke kekal tidak dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri
Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.