PANTAI REMIS: Sebuah kereta dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran tiga buah rumah teres sederet di Taman Pantai Baru, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.39 pagi.
Menurutnya, sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis tiba dilokasi, didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres setingkat dan tiga buah kenderaan.
“Tiga buah rumah itu mengalami kemusnahan antara lima hingga 30 peratus manakala dua buah motosikal musnah 90 peratus dan sebuah kereta jenis Toyota Altis musnah terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Menurutnya lagi, pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan air dari tangki jentera dan pili bomba di samping dua aliran 100 kaki dari tangki jentera bomba sukarela hingga api padam sepenuhnya.
Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Operasi pemadaman turut dibantu pasukan dari BBP Manjung dan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Akmal Hussin tamat jam 3.20 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jan 25 2024
Sebuah kereta dan dua buah motosikal musnah dalam kebakaran tiga buah rumah teres sederet di Taman Pantai Baru, Pantai Remis, awal pagi ini.
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski - Erdogan
Erdogan berkata pihak pengurusan pusat peranginan itu tidak mengambil kira risiko kebakaran.
Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas
Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan kepada RM25.7 juta.
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Angka korban kebakaran di pusat peranginan ski di Turkiye meningkat kepada 66 orang
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan kebakaran itu mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 32 orang.
Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera
Kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian restoran resort pada waktu tengah malam, namun masih belum diperincikan puncanya.