Sekurang-kurangnya tiga supek dipercayai terlibat meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Tanjung Malim di sini pagi ini.
Suspek kemudiannya dipercayai melarikan wang tunai kira-kira RM270,000.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 6.45 pagi, anggota polis yang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Tanjung Malim menerima panggilan telefon daripada pihak Security Alarm Ibu Pejabat Ambank Kuala Lumpur menyatakan penggera Ambank Pekan Tanjung Malim telah berbunyi.
Katanya, seorang saksi yang tinggal di hadapan bank berkenaan memberitahu, dia mendengar bunyi letupan kira-kira jam 6.30 pagi.
BACA: Tiga mesin ATM diletupkan, RM300,000 lesap
Katanya, saksi itu mendakwa melihat dari arah tingkap rumahnya, tiga lelaki keluar masuk ke tempat kejadian dengan menaiki kereta berwarna merah jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti.
“Rajah kasar dan gambar tempat kejadian telah diambil. Hasil rakaman CCTV dapati dua lelaki bertopeng dan bangsa tidak pasti telah masuk melalui pintu hadapan.
“Suspek keluar dari bank dan telah meletupkan mesin ATM,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Wan Kamarul Azran berkata, rakaman CCTV berjaya dirakam dan spesimen akan dihantar ke Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Aug 12 2019
Polis pada jam 6.45 pagi, anggota polis yang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Tanjung Malim menerima panggilan telefon daripada pihak bank berkenaan. - Foto ihsan polis
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini.
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Tiga suspek dipercayai terlibat letupkan mesin ATM di Muallim
Sekurang-kurangnya tiga supek dipercayai terlibat meletupkan tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Tanjung Malim di sini pagi ini.