TIANJIN: Tiga orang dilaporkan hilang, manakala 11 lagi cedera susulan letupan gas yang mengakibatkan sebahagian bangunan runtuh di utara bandar pelabuhan Tianjin, China, pada pagi Selasa.
Agensi berita South China Morning Post melaporkan, punca kejadian masih dalam siasatan, namun dapatan awal menunjukkan kemerosotan kualiti infrastruktur ekoran kepesatan ekonomi, yang meningkatkan taraf hidup, tetapi pada masa sama mengabaikan peraturan keselamatan alam sekitar.
Sementara itu agensi berita rasmi kerajaan, Xinhua melaporkan tiga tingkat daripada bangunan tersebut telah runtuh, dan letupan seterusnya kedengaran pada pukul 7.15 pagi waktu tempatan.
Imej lokasi kejadian menunjukkan tingkat atas bangunan itu runtuh, tetapi tidak ada kerosakan yang jelas pada unit berhampiran.
Tianjin merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing, dan merupakan antara bandar termaju di negara itu.
Pada 2015, sebuah letupan besar terjadi di sebuah gudang menyimpan bahan kimia, menyebabkan 173 kematian, yang sebahagian besar daripada mereka ialah anggota polis dan bomba.
Pada 2013, satu letupan terjadi di pelabuhan timur laut Qingdao akibat kebocoran saluran paip bawah tanah, mengakibat 62 orang terkorban.
Pada April tahun ini, sebuah blok yang termasuk rumah dan restoran runtuh di bandar Changsha, mengakibat 53 orang kehilangan nyawa.
Kod bangunan dikuatkuasakan secara longgar di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, dengan binaan ditambah kepada rumah dan perniagaan yang tidak mempunyai struktur kukuh untuk menyokongnya.
Astro Awani
Tue Jul 19 2022

Gambar tempat kejadian menunjukkan tingkat atas bangunan itu runtuh, tetapi tidak ada kerosakan yang jelas pada unit berhampiran. - Foto Agensi
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.

Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague
Letupan berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague.

Seorang maut, 28 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Dar es Salaam
Seorang maut dan 28 yang lain cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di pinggir bandar Kariakoo di Dar es Salaam, bandar pelabuhan Tanzania.

Bangunan runtuh di Bukit Senjuang projek haram, tiada permohonan binaan - MBMB
MBMB telah menyita kawasan tersebut dan akan mengeluarkan kompaun maksimum RM50,000 kepada pemilik bangunan.

Seorang maut, dua selamat dalam insiden bangunan runtuh
Lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22, ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.

Angka kematian bangunan runtuh di Lucknow India meningkat kepada 8 orang
Kira-kira 30 mangsa telah diselamatkan dan menjalani rawatan di hospital berbeza.

Hari Kebangsaan: Jentera USAR bakal ditonjolkan buat julung kali
Jentera Urban Search and Rescue (USAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kelab Bomba Cilik antara kelainan ditonjolkan dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-67.

Banjir kilat di Indonesia ragut 11 nyawa
Banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat awal pagi Ahad mengakibatkan 11 kematian di daerah Rua, Ternate, Maluku Utara.

6 maut, 10 cedera selepas pavilion runtuh akibat petir
Sebuah pavilion di taman di Changzhou wilayah Jiangsu, timur China runtuh akibat dipanah petir, mengakibatkan enam orang maut dan sepuluh lagi cedera, lapor Xinhua.