KUALA LUMPUR: Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, antara tuntutan tersebut adalah meminta kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
"Sebagai permulaan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada esok di Kampung Baru, sekretariat ini ada tiga tuntutan kepada kerajaan.
"Pertama kita setuju bahawa kita mahu kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Kedua, kita mendesak agar Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan daripada kuasa eksekutif, dan ketiga kita minta dan desak undang-undang lebih adil kepada semua rakyat Malaysia... jangan ada dwi-standard," jelasnya.
Tambah Tun Faisal lagi, kesemua tuntutan itu sebagai permulaan himpunan yang akan menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti-parti politik yang cintakan integriti di negara ini.
"Sekretariat ini juga menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan integriti dan bersetuju dengan tiga tuntutan bersama untuk sama-sama hadir esok," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Jumaat.
Sementara itu, Peguam yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali pula menegaskan himpunan berkenaan akan tetap diteruskan meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur.
"Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 Seksyen 9 hanya pemakluman mencukupi, adakah penganjur telah buat pemakluman, ya telah dibuat.
"Adakah sebarang kuasa dari segi undang-undang pihak berkuasa membatal dan menolak perhimpunan tersebut? Tidak ada.
"Apa rakyat harus sedar sekarang... kita berada dalam satu keadaan amat genting, di mana undang-undang harus adil kepada semua," katanya.
Mengulas mengenai penolakan permohonan penganjur himpunan terbabit, jelas Muhammad Rafique, PDRM seharusnya menjadi pemudah cara bagi setiap perhimpunan aman yang ingin dianjurkan rakyat.
"Kalau perhimpunan sebelum ini dibenarkan secara aman, maka seharusnya perhimpunan sebegini yang nama dijenamakan sebagai aman dijalankan.
"Pihak PDRM dibawah undang-undang APA 2012, tugas PDRM hanya sebagai pemudah cara," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Fri Sep 15 2023
![Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675174115_TBTUNFAISAL.jpg)
"Sebagai permulaan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada esok di Kampung Baru, sekretariat ini ada tiga tuntutan kepada kerajaan," kata Tun Faisal. - Gambar fail
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695023913_sindiketperjudian.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu
Polis telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga pemimpin hadir ke IPD Dang Wangi Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga pemimpin hadir ke IPD Dang Wangi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694850520_HimpunanSelamatkan.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga pemimpin hadir ke IPD Dang Wangi
Tiga ahli parti politik hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini untuk membuat laporan polis pada Sabtu.
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694846266_TBperarakan.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694845187_TBHimpunan.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
![Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694839537_Premis.jpg)
Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa
Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
![Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675174115_TBTUNFAISAL.jpg)
Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
!['Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard 'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694739842_chegubard.jpg)
'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
![Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694702768_ShuhailyMohdZain.jpg)
Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis
Menurut polis, penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
![Polis buka kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Malaysia' Polis buka kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694517028_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis buka kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Malaysia'
Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berhubung penganjuran 'Himpunan Selamatkan Malaysia' yang akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah pada Sabtu.
![Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458661285_ExcoPemudaUmno.jpg)
Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy
Mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.