Tiga wanita warga emas maut manakala 11 mangsa lain termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang Stesen, Labis, dekat sini, petang Khamis.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamad, berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 5.16 petang, seramai 18 anggota BBP Labis dan Bandar Baru Segamat dikejarkan ke lokasi.
Katanya, ia turut melibatkan dua jentera FRT dan dua jentera EMRS dan setibanya di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Hilux dan Honda Jazz.
"Tiga yang maut merupakan wanita dewasa, manakala tujuh yang lain terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan cedera.
"Turut cedera dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki Honda Jazz," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Zakaria, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Bagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Segamat dan operasi ditamatkan pada jam 6.26 petang," katanya.
Difahamkan,mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 60-an dan 80-an dan berasal dari Simpang Renggam, Kluang dan Benut, Pontian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Ahmad Zamry Marinsah, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.
"Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Tiga wanita warga emas maut manakala 11 mangsa lain termasuk empat kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Tenang Stesen, Labis, dekat sini, petang Khamis.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.