KUALA LUMPUR: Filem cereka tempatan berjudul 'Tiger Stripes' dipilih secara rasmi mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) pada Mac 2024.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pemilihan filem itu telah dinilai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Jawatankuasa itu terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian serta pematuhan kepada peraturan penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Oscars.
"Semoga perkembangan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua penggiat filem untuk terus mendukung misi kerajaan dalam usaha memperkasakan industri perfileman negara di peringkat global.
"Pada masa yang sama saya berharap usaha ini akan meningkatkan potensi penjenamaan serta pengantarabangsaan produk filem dan bakat kreatif negara yang berkualiti tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiger Stripes merupakan filem terbitan syarikat G Grrrl Pictures Sdn Bhd dan arahan pertama Amanda Nell Eu, dibintangi Zafreen Zairizal, Piqa, Deena Ezral, Jun Lojong, Khairunazwan Rodzy, Fatimah Abu Bakar, Shaheizy Sam serta ramai lagi.
Di peringkat antarabangsa, filem itu memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke-62 sempena Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis.
Selain itu, Tiger Stripes turut menerima Anugerah Khas Penghargaan Juri (Special Jury Mention) bagi kategori Filem Cereka Pertama di Fantasia International Film Festival ke-27 di Kanada, masing-masing pada Mei dan Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Di peringkat antarabangsa, filem itu memenangi Anugerah Grand Prix di Semaine de la Critique ke-62 sempena Festival Filem Cannes ke-76 di Perancis. -Gambar fail/Bernama
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
'Tiger Stripes' wakili Malaysia di Oscars ke-96
Pemilihan filem itu telah dinilai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Fahmi Fadzlil ucap tahniah atas kejayaan filem Tiger Stripes di Festival Filem Cannes
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah di atas kejayaan filem "Tiger Stripes" merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.
Filem anak Malaysia 'Tiger Stripes' cipta sejarah di Festival Filem Cannes
Tiger Stripes mencipta sejarah menjadi filem arahan anak Malaysia pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes Ke-62.