PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Way, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam apabila suspek berusia lingkungan 20-an itu datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang.
Menurutnya, berlaku pergelutan semasa kejadian sebelum suspek mengeluarkan pisau dan menikam dada kiri serta mengelar leher mangsa.
“Mangsa menjerit kesakitan dan lari masuk ke dalam rumah meminta bantuan rakan serumah.
“Kejadian berlaku apabila suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membayar baki hutang RM30 menyebabkan dia marah sebelum bertindak di luar kawalan menikam mangsa,” katanya pada Jumaat.
Shahrulnizam berkata, susulan itu, polis menahan suspek pada jam 1 pagi di rumahnya yang berada berhampiran dengan rumah mangsa.
Tambahnya, mangsa berusia lingkungan 20-an telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini dilaporkan stabil.
“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
"Suspek telah direman sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 08 2024

Kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam apabila suspek berusia lingkungan 20-an itu datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang. - Gambar hiasan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara
Seorang pelayan restoran wanita warga China dituduh membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa beberapa kali di sebuah restoran.

Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.

Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas anggota cawangan khas Bukit Aman (SB) atas kesalahan menembak mati rakan sekerjanya 10 tahun lepas, dengan penjara 38 tahun.

Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.

Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok
Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.

Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.

Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.

Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.