KUALA LUMPUR: Pengangkutan awam kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai mod pengangkutan untuk bergerak pulang ke kampung halaman apabila tinjauan Bernama mendapati jualan tiket laris menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini (29 Jun).
Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata bagi sambutan Aidiladha tahun ini bermula 23 Jun hingga 2 Julai nanti, pihaknya telah menyediakan kira-kira 218,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia dan setakat ini sebanyak kira-kira 180,000 tiket telah pun terjual.
Beliau berkata seperti kelaziman penjualan tiket bagi perjalanan menuju ke Pantai Timur hampir 100 peratus telah terjual manakala perjalanan ke utara dan selatan, masing-masing menunjukkan peratusan jualan 80 peratus dan 60 peratus.
"Kita sedia maklum apabila musim perayaan TBS menjadi tempat tumpuan kerana TBS menyediakan hampir 147 destinasi ke seluruh Semenanjung dengan 119 syarikat bas menyediakan perkhidmatan.
Oleh itu, saya nasihatkan supaya orang ramai tidak menunggu pada saat akhir kerana kita sedia maklum permintaan untuk tiket sangat tinggi," katanya ketika ditemui Bernama di TBS di sini hari ini.
Faizal Redza berkata walaupun kebanyakan tiket telah hampir habis dijual sebanyak enam operator bas ekspres telah mengambil bahagian untuk menyediakan bas tambahan dengan tambahan sebanyak 20 perjalanan sehari.
Beliau berkata bahawa tiada kenaikan tambang akan dikenakan kepada para penumpang dan pihak TBS serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan sentiasa memantau keadaan dan kadar tambang yang diberikan oleh operator bas ekspres.
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan ia telah menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) bagi musim perayaan Aidiladha tahun ini bagi laluan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral, KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral.
Tren tambahan terbabit menawarkan sebanyak 7,560 tiket bagi tarikh 27 Jun sehingga 2 Julai dengan berbaki sebanyak 940 tiket sahaja setakat hari ini.
"Untuk tiket bertarikh 29 Jun 2023, KTMB menawarkan sebanyak 24,634 tiket merangkumi perkhidmatan ETS, KTM Intercity dan Shuttle Tebrau (JB Sentral - Woodlands -JB Sentral). Tiket-tiket bertarikh 29 Jun kini hanya berbaki 5,888 sahaja," menurut kenyataan itu.
KTMB turut menyediakan empat perkhidmatan tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur yang menawarkan sebanyak 1,864 tiket bagi laluan KL Sentral - Tumpat - KL Sentral dan tiket bagi perjalanan pertama ELA telah pun habis dijual.
"Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, KTMB telah menambah dua perkhidmatan tren ELA yang menawarkan 952 tiket dan masih berbaki 324 tiket.
Tarikh bagi perjalanan ELA yang kedua ini adalah pada 27 Jun (Selasa) dari Stesen KL Sentral - Tumpat dan akan berlepas pada pukul 11 malam. Perjalanan pulang dari Stesen Tumpat - KL Sentral adalah pada 2 Julai (Ahad), pukul 6 petang," menurut kenyataan itu.
Di samping itu, KTMB turut menggesa agar penumpang memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam tren untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 selain turut menyarankan hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal di stesen bagi memudahkan urusan dokumentasi di pintu masuk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Kira-kira 218,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia disediakan TBS dan setakat ini kira-kira 180,000 tiket telah terjual. - Gambar fail

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia
Cara pengurusan urbanisasi hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya huni bandar dan kelestarian planet.

Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.

PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco
PIL1 merupakan projek infrastruktur penting yang bertujuan menyokong matlamat perancangan bandar jangka panjang Pulau Pinang dan meningkatkan ketersambungan di seluruh pulau.

Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.

New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.

Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan
Laluan yang baru dirasmikan itu adalah sepanjang 9.6 kilometer dan mempunyai 13 stesen.

Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.