BARU-BARU ini, TikToker yang dikenali sebagai Syamimia dikecam segelintir netizen disebabkan menetap di rumah flat namun memiliki perabot dan barangan elekrik jenama mewah.
Sejak beberapa hari lalu, timbul perbalahan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan taraf hidup Syamimia tidak sesuai untuk duduk di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Syamimia akhirnya tampil ‘membuka mulut’ dengan mendedahkan rumah tersebut merupakan peninggalan arwah ibunya sebelum meninggal dunia.
“Iya betul, saya berhenti belajar lepas Ummi meninggal. Ummi baru berapa bulan beli rumah Ini dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KI.
“Supaya Ummi tenang di ‘rumah baharu’. Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak perjelaskan pada strangers.
“Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ini, saya perlu ‘ditemu duga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ini.
“Bil elektrik tertunggak ribuan ringgit, bil air (sebab Ummi dah berbulan tak kerja), baki loan rumah ni sangat banyak (90 peratus baki),” kongsinya menerusi TikTok.
Pada perkongsian yang sama, Syamimia turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya melunaskan baki tertunggak dan berniat untuk menghadiahkan rumah itu kepada adik kesayangannya iaitu Syarina.
“Alhamdulillah saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana saya dapat melunaskan baki. Ini salah satu impian cara saya buat Ummi happy sebab dia pun suka rumah cantik.
“Saya juga pernah berseloroh sebelum ni, ingat tak? Jika saya ada rumah baharu, rumah ini dan segala isinya akan saya hadiahkan pada buah hati saya, Syarina.
“Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Salam perkenalan, saya Syamimi yang suka mendeko berhias dan memasak,” katanya.
Sebelum ini, sejarah kehidupan Syamimia yang dibesarkan oleh ibu tunggal kelainan upaya yang cacat penglihatan atau buta pernah menarik perhatian ramai. - Gempak
Gempak
Tue Aug 22 2023

Syamimia dikecam segelintir netizen hanya kerana dia menetap di rumah flat namun memiliki perabot dan barangan elekrik jenama mewah. - Gempak

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang zahir kebimbangan pencemaran udara Balok
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan Balok Baru, Kuantan.
[TERKINI] Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, dibebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan serta dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

TikToker dikecam duduk rumah PPR tapi gaya hidup T20
"Saya cari kerja untuk bayar semua hutang..." - Syamimia buka mulut tangkis salah faham masyarakat.