KUALA LUMPUR: Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas sebuah premis makanan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) susulan isu tular di media sosial mengenai seekor tikus dilihat menikmati ayam goreng di premis berkenaan.
Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata langkah itu selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor yang juga telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada 24 Dis (Sabtu) ke atas premis itu.
"Tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan dan permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan terhadap premis makanan bagi memastikan syarat serta peraturan MPAJ sentiasa dipatuhi, dan orang ramai boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MPAJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my.
Menurutnya sehingga 30 Nov tahun ini 1,057 buah premis makanan diperiksa dan 259 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 9 (f) Pengendalian Makanan MPAJ 2007 dan UUK 19(1) (d) Establisymen Makanan MPAJ 2007, katanya,
Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 15 saat yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM mengeluarkan arahan penutupan selama 14 hari dan enam notis kompaun terhadap sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini susulan tular video tular itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022

Sebelum ini, tular video merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran. - Gambar/ Media sosial

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tikus 'jamah' ayam: MPAJ keluar notis batal lesen restoran
Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) akan dikeluarkan ke atas sebuah premis makanan terbabit insiden tikus dilihat menikmati ayam goreng di premis berkenaan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.