KUALA LUMPUR:Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air itu menjelaskan ujian pertama yang dilakukan pada 23 September lalu di Kota Kinabalu ketika kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan keputusan negatif.
"Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sg Buloh pada Khamis dan kini, Alhamdulillah saya sihat.
"Sejak ujian pertama dilakukan, tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk.
"Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swab sekali lagi dan mendapati keputusannya positif," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, beliau telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.
"Cuma selepas keputusan kedua keluar dan positif, saya dibawa ke hospital untuk dirawat sehingga hari ini.
"Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman pandemik ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga, pergilah.
"Pengalaman saya tidak mempunyai sebarang simptom dan disahkan ada jangkitan menunjukkan bahawa 1,001 kemungkinan boleh berlaku.
"Mencegah dan berwaspada adalah lebih baik," ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan turut disahkan terkena jangkitan COVID-19.
Kes baharu positif COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 287 kes dilaporkan pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik turut disahkan positif Covid-19 antaranya Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii.
Astro Awani
Sat Oct 03 2020

Ahmad Masrizal berkongsi foto keadaan terkini beliau yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. - Foto Ahmad Masrizal

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.