KUCHING: Seorang Timbalan Menteri Sarawak cedera dipercayai dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan kediaman keluarganya di Tabuan Jaya di sini semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan mengunjungi kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.
Difahamkan, ketika melalui lorong kawasan itu, mangsa terserempak dengan sekumpulan individu tidak dikenali yang dipercayai menaiki sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.
Ahli Dewan Undangan Negeri itu kemudian keluar dari kenderaan dan bertanya kepada kumpulan lelaki tersebut tujuan mereka berada di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, dipercayai berlaku sedikit pertengkaran susulan itu.
Kumpulan individu tersebut bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri.
Mangsa dihantar ke hospital dan laporan polis dibuat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut sambil menambah, ia sedang disiasat.
Shafik Ahmad
Thu Jun 01 2023

Pesuruhjaya Polis Sarawak mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan ia sedang disiasat.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Lelaki dipenjara 9 tahun cederakan anak saudara
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan cedera parah ke atas anak saudaranya berusia 14 tahun.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing
Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.