KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah termasuk satu pertuduhan pilihan berjumlah RM87,000 berhubung kelulusan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu terhadap Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E-Dagang, MCMC, Mohd Iskandar King, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 27 hingga 29 Julai ini untuk prosiding membela diri.
Mengikut pertuduhan pilihan, Mohd Iskandar didakwa secara rasuah menerima suatu suapan wang tunai RM50,000 daripada pengarah syarikat Golden Sunrise Ventures Sdn Bhd dan pakar runding bagi syarikat OCK Setia Engineering Sdn Bhd, Mohd Azuzi Mohamed Kamil.
Ia sebagai upah kononnya sebagai balasan telah membantu mendapatkan projek USP Time 3 Extension Phase 1 daripada suruhanjaya itu bagi OCK Setia Engineering.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di IOI City Mall Putrajaya pada jam 8 malam, 9 Jan 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi dua pertuduhan lain, Mohd Iskandar didakwa menerima dua cek masing-masing bernilai RM18,500 atas nama isterinya, Nur Ellina Abdul Sukor dan atas namanya sendiri daripada Mohd Azuzi yang mana tertuduh mengetahui Mohd Azuzi mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bukit Jalil Golf and Country Resort, jam 5 petang, pada 23 Jun 2015.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seramai 31 orang saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada Disember tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria, Francine Cheryl Rajendram dan Abdul Muntaqim Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Sivahnanthan Ragava.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Hakim membuat keputusan itu terhadap Mohd Iskandar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Timbalan pengarah syarikat didakwa sebabkan pemberi maklumat dipecat
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Timb. Pengarah SKMM mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM87,000
Seorang Timbalan Pengarah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan

Bekas Timbalan Pengarah, pekerja swasta bebas dari tahanan reman kes USP
Kedua-kedua individu itu sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama empat hari bermula Khamis.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JKKP Johor ditahan SPRM
SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek yang berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 malam tadi bagi membantu siasatan.