Timor-Leste berminat untuk menjadi anggota penuh blok ASEAN, yang mana selepas penilaian ekonomi negara itu selesai, akan menyaksikan kemasukannya sebagai anggota ke-11 perkumpulan tersebut.
Perdana Menteri Timor-Leste Rui Maria de Araújo berkata negara itu telah melalui penilaian dalam tempoh lima tahun lepas dengan sekretariat sekarang menyediakan laporan akhir.
"Kami menjangkakan mesyuarat ASEAN akan datang di Laos akan membincangkan keputusan penilaian yang mana selepas itu kami akan mengetahui bila Timor-Leste akan diterima secara rasmi memasuki perkumpulan tersebut," katanya kepada Bernama di luar acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 yang diadakan di sini, baru-baru ini.
Timor-Leste secara rasminya memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011 selepas memegang status pemerhati selama beberapa tahun dengan, beberapa negara anggota, termasuk Malaysia, telah melahirkan sokongan kepada negara itu untuk menyertai perkumpulan tersebut.
Dari segi persediaan, de Araújo berkata Timor-Leste telah bekerja keras untuk untuk memenuhi semua syarat-syarat asas yang diperlukan untuk menjadi anggota rasmi, termasuk penyertaan aktif dalam mesyuarat dan interaksi dengan semua 10 negara anggota.
"Kami juga membuka kedutaan dan menempatkan para duta di semua negara anggota, satu lagi syarat untuk diterima secara rasmi sebagai anggota.
"Langkah-langkah ini telah diambil dan kami tidak sabar-sabar untuk mendengar keputusan akhir pemimpin-pemimpin ASEAN," katanya.
Dilaporkan bahawa Timor-Leste telah mengambil langkah-langkah dan proses yang perlu untuk mematuhi syarat-syarat ASEAN.Ini termasuk membangunkan prasarana untuk menganjurkan sidang kemuncak dan
mesyuarat ASEAN dan mewujudkan hubungan diplomatik di semua ibu kota ASEAN.
de Araújo, yang memegang jawatan itu pada 2015, menyifatkan Timor-Leste sebagai negara yang masih baharu dengan 60 peratus penduduknya berusia di bawah 25 tahun.
"Jadi ia adalah peluang yang baik bagi Timor-Leste, sebagai sebuah negara baharu, dapat menyertai kali pertama di Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN 2016," katanya sambil menambah masih banyak lagi yang perlu dipelajari negara itu untuk mendapat pengalaman.
Beliau berkata WEF dua hari itu memberi prospek positif bagi Timor-Leste, apabila beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia, Indonesia dan Kemboja mengenai isu-isu berkaitan dengan kewangan dan bagaimana menggerakkan sumber termasuk sumber kewangan, untuk menyokong pembangunan mampan.
Mengenai perdagangan dua hala dengan Malaysia, beliau berkata ia berkembang setiap tahun, walaupun pada skala kecil berbanding kuantiti perdagangan tingginya dengan Indonesia, negara jiran terdekatnya.
Pada 2013, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor Leste berjumlah AS$21.2 juta (RM69.4 juta).
de Araújo berkata Malaysia dan Timor-Leste dijangka meningkatkan hubungan dua hala dengan mengembangkan kerjasama sekarang dan meninjau peluang dalam pertanian serta sektor minyak dan gas.
Potensi untuk meningkatkan interaksi perniagaan antara kedua-dua negara adalah sangat tinggi dengan perbincangan pada peringkat kerajaan, katanya.
"Kami mengadakan mesyuarat dengan sektor swasta, dan satu daripada kementerian kami telah berbincang dengan AirAsia mengenai kemungkinan mewujudkan hubungan antara KL dan Timor-Leste," katanya sambil menambah perbincangan itu masih di peringkat sangat awal.
Bernama
Tue Jun 07 2016

De Araujo sempat bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyampaikan ucapan pada WEF ASEAN 2016 baru-baru ini. - Foto Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.

Anggota ASEAN perlu fokus pembangunan mampan sebagai satu kumpulan - Pakar
Jeffrey D Sachs, profesor ekonomi terkemuka dari Universiti Columbia berkata, ekonomi baharu itu sedang berusaha menjadi mampan alam sekitar.

Asia Tenggara wajib jadi zon bebas senjata nuklear - Marsudi
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi mengulangi gesaan agar semua pihak berkaitan mesti berusaha sedaya upaya memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear.

Timor-Leste berminat jadi anggota penuh ASEAN
Perdana Menteri Timor-Leste Rui Maria de Arajo berkata negara itu telah melalui penilaian dalam tempoh lima tahun lepas dengan sekretariat sekarang menyediakan laporan akhir.