Suruhanjaya Persaingan Malaysia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap perkhidmatan e-hailing Grab dan Uber jika terdapat pembentukan monopoli pasaran.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang menyelia suruhanjaya tersebut, berkata tindakan lanjut boleh diambil jika monopoli tersebut menyalahgunakan kedudukannya seperti termaktub di bawah Seksyen 10 Akta Persaingan 2010.
Dalam satu kenyataan malam tadi, KPDNHEP menyambut baik saranan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk menggabung kedua-dua syarikat e-hailing berkenaan.
"Kementerian bersama suruhanjaya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk memastikan pasaran terbuka yang bertunjangkan ketelusan, tadbir urus korporat yang baik dan perlakuan perniagaan yang beretika," kata kenyataan itu.
Pada 11 Julai, Loke dipetik berkata perkhidmatan e-hailing akan dikawal selia oleh kerajaan berkuat-kuasa 12 Julai melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.
Beliau juga berkata syarikat e-hailing mesti berdaftar sebagai Perniagaan Pengantaraan dan perlu membayar fi yang ditetapkan.
KPDNHEP berkata pemakluman tentang tindakan suruhanjaya telah dibentangkan kepada kementerian berhubung langkah-langkah konkrit ke arah penyiasatan berskala penuh setelah penilaian dan analisis terhadap aduan dan maklum balas dibuat oleh Grab dan Uber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 13 2018

Syarikat e-hailing mesti berdaftar sebagai Perniagaan Pengantaraan dan perlu membayar fi yang ditetapkan. - REUTERS/Fail
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).

Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.

Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.

Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.

PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.