JOHOR BAHRU: Polis memandang serius tindakan sekumpulan pemuda bermain papan selaju di jalan awam di bandar raya ini seperti video yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.
"Pada hari ini polis telah menerima satu video berdurasi 36 saat yang telah dimuat naik melalui pemilik akaun Facebook "Asfarizal Syazwan" menunjukkan aksi sekumpulan pemuda bermain papan selaju secara berbahaya.
"Semakan mendapati kejadian itu berlaku di jalan awam di daerah Johor Bahru. Kes ini menjadi satu kesalahan di bawah Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021 dengan hukuman di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Raub berkata sehubungan itu pihaknya membuat pemantauan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti seumpama diminta menyalurkan maklumat kepada pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 222.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain. - Gambar hiasan/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Potensi besar, anak muda berbakat mahu sukan papan selaju diangkat
Sukan papan selaju mempunyai peluang yang cukup besar untuk dikembangkan khasnya dalam kalangan anak muda yang memilih ia sebagai hobi.

Arina Rahman masih harapan pingat papan selaju Sukan SEA
Malaysia mampu membawa pulang pingat Sukan SEA acara papan selaju jika Arina terus konsisten.

Breakdance bakal dipertandingkan di Olimpik Paris 2024?
Selain breakdancing, Paris juga mahu papan selaju, luncur ombak dan sport climbing sebagai acara yang dipertandingkan pada 2024.

ACL tidak halang Aori bangkit untuk muncul juara dunia
Baru berusia 17 tahun, bintang papan selaju Jepun, Aori Nishimura bangkit semula daripada kecederaan lutut (ACL) untuk muncul juara dunia.

Wajarkah ada 'skate park' di tengah bandar?
Gelanggang papan selaju perlu dibina di tengah bandar untuk mengasah bakat tempatan dan promosi kepada pelancong. Persoalannya, wajarkah ia dibina di sekitar ibu negara?

Konflik siapa badan tadbir sukan papan selaju selesai
MESA bersetuju untuk bergabung dengan MYSKATE, sekali gus menyelesaikan konflik siapa berhak jadi badan induk sukan papan selaju di negara ini.