Laporan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat Kota Tinggi Johor, dijangka diterima Kementerian Sumber Manusia petang ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mahfuz Omar berkata pihak JKKP Johor telah mengarahkan pasukannya memulakan proses siasatan dan pemeriksaan awal kejadian yang dilapor pada pukul 1.20 pagi itu.
"Setakat ini belum dapat maklum balas, mungkin petang ini dapat laporan awal... apa-apa tindakan yang perlu diambil akan diputuskan berdasarkan 'recommendation' daripada JKKP Johor," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Operasi Cegah Jatuh dan Cegah Runtuh di Tapak Pembinaan, di sini hari ini.
BACA: JKKP Johor arah pegawai siasat kejadian letupan, kebakaran di Pengerang
Dalam kejadian kebakaran dan letupan di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang itu, dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam selepas kejadian.
BACA: Petronas sahkan letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Sementara itu, Mahfuz berkata sebanyak 479 tapak pembinaan di seluruh negara telah diperiksa dalam operasi sebulan yang bermula 1 Mac lepas dengan tumpuan kepada aktiviti kerja di tempat tinggi dan kerja-kerja konkrit di kawasan pembinaan.
"JKKP juga menggunakan dron bagi meninjau keadaan dan pematuhan aktiviti pembinaan di tempat tinggi seperti tepian terbuka dan operasi kren menara,'" katanya.
BACA: Menggeletar kaki dengar letupan, bumbung rumah pun bergegar! - Netizen
Mahfuz berkata hasil daripada operasi itu, JKKP mengeluarkan 719 surat arahan terhadap pelbagai kesalahan; 2,160 notis pembaikan dan larangan; menyita 1,131 tapak pembinaan; mengeluarkan 864 kompaun; dan 128 tapak pembinaan pula berhadapan tindakan pendakwaan mahkamah.
Setakat 2019, terdapat 18,000 tapak pembinaan yang berdaftar dengan JKKP.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019
![Tindakan diambil selepas laporan JKKP Johor diterima - Mahfuz Tindakan diambil selepas laporan JKKP Johor diterima - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521101603_MahfuzOmar.jpg)
MAHFUZ: Apa-apa tindakan yang perlu diambil akan diputuskan berdasarkan 'recommendation' daripada JKKP Johor. - Gambar fail
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
![Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440220003_carcrash.jpg)
Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan 26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737495185_TaiwanEarthquake.jpg)
26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.
![11 cedera dalam insiden tembakan di New York 11 cedera dalam insiden tembakan di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729395872_policeline.jpg)
11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.
![8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler 8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735398963_kemalanganMPVMers.jpg)
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
![Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734665031_Lelakidikurungdi.jpg)
Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
![Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734567503_GianluigiDonnarumma.jpg)
Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.
![Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734402485_HarryKane.jpg)
Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.