CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pantas juruterbang Kapt Fedzrol Norazam yang menghubungi rakannya memberitahu helikopter dibawanya terhempas, membolehkan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan pantas.
Fedzrol, 43, merupakan juruterbang helikopter yang membawa lima anggota pasukan perubatan dalam perjalanan pulang dari Gua Musang, Kelantan ke Ulu Kinta, Ipoh, yang terhempas di Hutan Simpan Bukit Kinta, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata melalui maklumat awal yang diperoleh pihaknya, juruterbang berkenaan telah menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM).
"Berikutan itu kita telah mendapat maklumat mengenai kedudukan helikopter berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia lingkungan 31 hingga 48 tahun, dapat dijalankan dengan kadar segera," katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, di sini, malam tadi.
Turut hadir Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya Syed Abdul Rahman.
Mohd Yusri berkata ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas, semua mangsa berjaya keluar daripada helikopter dan berada di tempat yang selamat.
"Dua penumpang mengalami kecederaan yang agak teruk, seorang jururawat patah kaki dan seorang cedera di bahagian lutut. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (di sini) dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan," katanya.
Mohd Yusri berkata operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan pada pukul 9 malam, selepas mangsa terakhir dibawa ke hospital.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, helikopter berkenaan berada pada laluannya ketika kejadian bagaimanapun menghadapi cuaca buruk seperti hujan dan berkabus.
"Siasatan lanjut mengenai insiden ini dan kerja-kerja mengeluarkan bangkai pesawat akan dijalankan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia)," katanya.
Terdahulu, CAAM mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kemalangan udara, membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW di Cameron Highlands itu pada 1.03 tengah hari.
BACA: Helikopter terhempas bawa Pasukan Doktor Udara rawat Orang Asli - Khairy
Helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
![Tindakan pantas juruterbang helikopter hubungi rakan, mudahkan kerja menyelamat Tindakan pantas juruterbang helikopter hubungi rakan, mudahkan kerja menyelamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666806441_HELIKOPTER.jpg)
Juruterbang berkenaan telah menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM). - Foto Sinar Harian
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835271_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
![Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707370410_TBDATUKHERMONOj.jpg)
Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.
![Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738831387_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738816670_TBHELIKOPTERTERHEMPA.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
![Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734865004_HelikopterTerhempas.jpg)
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
Sebuah helikopter terhempas di hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
![5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas 5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733396529_helicoptercrashph.jpg)
5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.
![Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729997258_crashed.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
![Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729509569_TBHELICRASH.jpg)
Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.
![17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui 17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725186644_TBRUSIA.jpg)
17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.
![Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723434720_Fatalaviationincid.jpg)
Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.