KUALA LUMPUR: Tindakan radikal segelintir umat Islam seperti melakukan keganasan yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar menjadi antara penyumbang kepada sentimen Islamofobia di seluruh dunia.
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesetengah umat Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa imej dan persepsi negatif kepada agama.
Bekas perdana menteri itu berkata ia berpunca daripada sifat individu berkenaan melakukan sesuatu dengan tidak berlandaskan syariat Islam.
"Ada yang lari daripada agama, buat benda-benda yang tak disuruh agama, lakukan keganasan, ini bukan cara kita, bukan ajaran Islam.
"Malah ada juga kes umat Islam itu sendiri berpecah-pecah, di satu tempat ada terbahagi dua, ini tidak patuh pada ajaran agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Dakwah Kebangsaan anjuran Perkim di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata pada asasnya, Islam merupakan agama keamanan serta mengalakkan umatnya agar cintakan kedamaian.
"Sebab itu setiap kali kita jumpa orang pun, kita ucapkan 'peace be upon you' (Assalamualaikum/selamat sejahtera ke atas kamu), ini cara kita yang sebetulnya, kita tidak boleh lari," katanya.
Beliau berkata umat Islam perlu menonjolkan diri sebagai golongan yang bertamadun selain menghormati kepercayaan orang lain.
"Jangan kita. Itu contoh tidak menghormati kepercayaan orang lain (tindakan bakar Al Quran oleh ahli politik di Sweden) dan tindakan golongan yang tidak bertamadun malah sengaja mahu bermusuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesetengah umat Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa imej dan persepsi negatif kepada agama. - Gambar fail/BERNAMA

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.

Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa

Silibus pendidikan tinggi mengenai Islamofobia sedang dibangunkan
Kerajaan dalam peringkat awal membangunkan suatu silibus atau disiplin akademik mengenai Islamofobia dan cara menanganinya bagi institusi pengajian tinggi.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Pakistan dan Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia
Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersama pada akhir rundingan politik terbaharu kedua-dua negara di Islamabad pada Isnin.

Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.

PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.

Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.

Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar
Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.

PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia
Perdana Menteri membincangkan perihal Islamofobia yang disifatkan semakin membarah di Eropah.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.