Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata individu yang menerima notis saman daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling tetapi jika ingkar boleh dikenakan denda RM1,000.
"Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama (saman) tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling mereka faham dan tidak dikenakan denda," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Beliau mengulas seorang lelaki berusia 30 tahun menularkan dalam media sosial tindakan Jaheaik mengeluarkan notis saman kepadanya kerana memakai seluar pendek baru-baru ini.
Lelaki terbabit mendakwa dia hanya berhenti di sebuah gerai menjual burger dengan memakai seluar pendek kerana baru selesai bermain futsal.
Mohd Fadzuli berkata tindakan jabatannya adalah amalan biasa kerana sebelum ini seramai 85 individu menghadiri sesi kaunseling yang diadakan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas manakala 72 orang lagi akan mengikuti sesi kedua kaunseling bulan depan.
Beliau berkata tindakan terhadap individu Islam yang berpakaian tidak sopan dilakukan mengikut Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan.
JAHEAIK sentiasa menyertai operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya.
Beliau berkata dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa pada Isnin lepas (25 Sept) di Jalan Kuala Krai di sini, pihaknya telah membuat pemeriksaan di lokasi tersebut dan mengeluarkan 11 saman dalam kategori tidak sopan ke atas tujuh lelaki Islam berseluar pendek dan empat wanita Islam tidak bertudung dan berpakaian ketat.
Katanya kesemua yang diserahkan notis saman diarahkan untuk hadir sesi kaunseling yang bertujuan bagi mendidik umat Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat khususnya di tempat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017

JAHEAIK menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik. -Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet
Ketika kejadian pada jam 4 pagi, pelajar lelaki berkenaan didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik di hotel itu.

JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini memantau enam prasekolah di negeri itu kerana dikhuatiri mengadakan sesi pembelajaran menyalahi hukum Islam.

Empat laporan polis terhadap JAHEAIK
Empat laporan polis dibuat terhadap JAHEAIK, dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.

Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan
Setakat ini, maklumat yang tular di media sosial itu menyatakan lelaki berkenaan berkahwin di negara jiran.

Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.