KUALA LUMPUR: Tindakan tegas dan segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak sama ada melalui ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu agama dan kaum.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan, pandangan ekstrim berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama kaum, wajib dihentikan.
"Bumi ini tidak boleh dibenarkan untuk disemai dengan rumpai-rumpai beracun yang boleh membunuh pohon perpaduan langit di negeri ini, jangan sama sekali dibenarkan untuk diselubungi awan-awan berasid yang akan menghujani bumi dengan fahaman ekstremis berlandaskan perkauman dan berpaksikan agama.
"Tindakan segera Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengambil langkah preventif untuk menjamin ketenteraman awam merupakan tindakan yang tepat," titah baginda semasa merasmikan Sidang Pertama Dewan Undangan Negeri Perak ke-15,pada Selasa.
Sultan Nazrin turut bertitah, negara memiliki elemen yang begitu mudah untuk dieksploitasi mencetuskan anarki, kerukunan perhubungan kaum yang telah diasaskan sejak era pra merdeka dan terus dipupuk sepanjang era pasca Merdeka tidak boleh diperjudikan kerana permainan politik yang berunsur meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat.
Oleh itu, Baginda bertitah agar setiap individu berperanan untuk memastikan hubungan harmoni antara kaum terus disuburkan dan persfahaman antara pengikut pelbagai agama terus dipupuk.
"Warga di negara ini terutamanya generasi muda perlu diberikan bimbingan dan fahaman mengenai sistem berkerajaan dan bernegara yang berteraskan doktrin Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
"Serta pentingnya warga memahami dan menghayati lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara untuk dijadikan pedoman dalam usaha mahu memupuk warga yang bersatu-padu yang hidup penuh harmoni dalam sebuah negara Merdeka daulat, aman lagi makmur,"
Sultan Nazrin turut bertitah, rakyat yang berbilang kaum mengamalkan pegangan agama yang berlainan, mewarisi budaya yang beraneka dan menguasai pelbagai bahasa.
"Banyak negara di dunia berakhir dengan perang saudara kerana rakyatnya memilih untuk berbalah, bertelagah, bersengketa dan berkonfrontasi atas faktor-faktor perbezaan kasta, kaum, warna kulit dan agama.
"Jika perbezaan yang mahu diberikan fokus, maka kita sebenarnya memilih menulis resipi untuk melahirkan warga yang akan berselisih, berkonflik dan berpecah belah. Jika kita mahu memperbesarkan perbezaan, kita sebenarnya telah memilih membina tembok pemisah untuk tidak memungkinkan terbinanya masyarakat yang bersatu, masyarakat yang menerima dan meraikan perbezaan, masyarakat yang menghormati realiti kepelbagaian, dan masyarakat yang melihat kepelbagaian secara positif yang mengandungi kekayaan dan kekuatan.
"Di sebaliknya, jika secara bijak, perbezaan berjaya didandan dan dipintal, akan teranyam hamparan keharmonian yang indah lagi berwarna-warni. Persefahaman dan hubungan yang harmoni antara kaum merupakan faktor penentu untuk menjamin suasana hidup bernegara dan bernegeri yang aman dan harmoni.
Baginda turut bertitah, Negara dan negeri yang warganya hidup dalam aman dan harmoni akan dapat menumpukan fikiran, tenaga dan usaha, untuk menarik pelabur dan pelancong, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, merancakkan pembangunan negeri dan melimpahkan kemakmuran kepada rakyat.
Afiezy Azaman
Tue Dec 20 2022

Baginda bertitah agar setiap individu berperanan untuk memastikan hubungan harmoni antara kaum terus disuburkan dan persfahaman antara pengikut pelbagai agama terus dipupuk. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.

Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.

PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak
Anwar mendoakan Sultan Nazrin, Raja Permaisuri dan seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya.

Mufti Perak dahului senarai 238 penerima Darjah Kebesaran Perak
Wan Zahidi merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hari Kebangsaan: Sultan Nazrin santuni sembilan 'wira negara' bekas anggota keselamatan
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyantuni sembilan wira negara bekas anggota keselamatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Fahami falsafah pembinaan masjid, jangan jadikan ia monumen sepi - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak.

Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja
Datuk Lat menjadi individu pertama di Perak yang mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Tindakan tegas, segera perlu diambil henti perbuatan racun fikiran rakyat isu kaum, agama - Sultan Perak
Pandangan ekstrim berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci wajib dihentikan.