Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengamal perubatan warga asing yang tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mengusahakan klinik atau farmasi secara haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata di bawah Akta Jualan Dadah 1952, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Meskipun mereka mendaftar (di negara asal), mereka sepatutnya mempunyai sijil pengamalan tahunan bagi membolehkan mereka menjalankan khidmat perubatan (di Malaysia).
"... jika mereka tidak mendaftar, tiada sijil pengamalan tahunan dan memberi perkhidmatan perubatan boleh didenda atas kesalahan itu.
"Selain itu, apabila mereka memberi ubat ia bukan dikeluarkan oleh doktor, bukan oleh farmasi, kita boleh ambil tindakan terhadap mereka," katanya.
Dr Lee, yang juga Anggota Parlimen Gopeng, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gunung Rapat di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai beberapa klinik dan farmasi yang diusahakan oleh warga Bangladesh secara haram di Jalan Silang, Kuala Lumpur.
Laporan itu menyebut bahawa premis itu diawasi oleh 'doktor' dari Bangladesh dan menjual ubat-ubatan yang diseludup dari negara Asia Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2019

DR LEE: Meskipun mereka mendaftar (di negara asal), mereka sepatutnya mempunyai sijil pengamalan tahunan bagi membolehkan mereka menjalankan khidmat perubatan (di Malaysia). -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ubat didakwa untuk rawat COVID-19 dirampas
Siasatan awal mendapati produk tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram dari negara China.

Tindakan tegas terhadap pengamal perubatan warga asing - Dr Lee
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM gesa orang ramai henti guna kapsul 'Nan Bao'
KKM menggesa orang awam supaya tidak menggunakan produk tradisional 'Nan Bao Capsule' yang dikesan mengandungi sildenafil dan tadalafil.