Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih dalam media sosial mengenai ancaman militan Daish di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta.
Katanya, sebarang maklumat rasmi mengenai ancaman itu akan dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan lain.
"Ia tidak perlu dijadikan sandaran untuk keselamatan rakyat dan negara. Apa-apa maklumat yang disebarkan tanpa disahkan dengan pihak penguatkuasaan, ia hanya menimbulkan kegusaran dan membawa masalah ketenteraman negara," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian dalam temuramah lintas langsung bersama Bernama News Channel (BNC) pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri beliau di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pihaknya mengeluarkan amaran ancaman bom di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang menjadi viral di beberapa laman sosial.
Khalid dilaporkan memberitahu mesej palsu berupa amaran kepada orang ramai terhadap beberapa lokasi pusat beli-belah The Curve dan Publika, Bangsar, Bukit Bintang, Hartamas, serta Menara Kuala Lumpur.
Lain-lain lokasi termasuk stesen-stesen LRT, pusat beli-belah Menara Berkembar Kuala Lumpur, Mid Valley, Pavilion serta Jalan Aloy dan Petaling Street.
Ketika ditemui di majlis itu, Khalid sekali lagi mengingatkan kepada semua media cetak dan portal berita dalam talian agar tidak menyiarkan dan mempromosikan gambar-gambar memaparkan kumpulan militan Daish khususnya mereka yang berpakaian seragam dan membawa senjata.
"Jangan siarkan. Jangan gambarkan mereka sebagai pasukan yang hebat. Ini juga akan membangkitkan semangat anak-anak muda kita menyertai mereka. Jangan mengagung-agungkan mereka.
"Itu yang mereka (Daish) nak. Mereka ini mahu kita bercakap mengenai mereka setiap hari. Ini adalah propaganda untuk menakutkan kita semua," katanya, sambil memberi keyakinan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu risau mengenai perkara ini.
Menurut Khalid, pihaknya serius dalam membanteras pengaruh dan tindakan kumpulan militan itu di negara ini dengan banyak pegawai dan anggota polis tidak dibenarkan bercuti bagi memastikan negara sentiasa aman daripada sebarang ancaman.
Beliau juga berkata pihaknya juga memantau secara rapi pelajar luar negara yang menuntut di institusi pengajian tinggi di negara ini yang mungkin terpengaruh serta mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang ditemui di majlis itu, berkata pihaknya telah mengambil langkah pencegahan bagi memastikan warga tentera tidak terpengaruh dengan dakyah Daish di laman siber dan media sosial.
Justeru, katanya, pihaknya sudah lama menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memantau dan menangani perkara itu dalam kalangan anggota tentera.
Bernama
Sat Jul 09 2016
Ahmad Zahid berkata, sebarang maklumat rasmi mengenai ancaman militan Daish akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDN, PDRM serta agensi penguatkuasaan lain. - Gambar fail
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
LTAK baharu di Tanjong Embang
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjong Embang, Asajaya.
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Peka amaran pihak berkuasa, penduduk di Pitas ke PPS lebih awal
Penduduk di Pitas, kali ini mereka lebih bersedia dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai ancaman banjir.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.