Tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat bas yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas termasuk membenarkan pemandu mempunyai saman tertunggak terus bekerja, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sehubungan itu, katanya, siasatan rapi akan dilakukan terhadap syarikat bas yang kenderaan miliknya terlibat dalam kemalangan semasa tempoh 'Ops Selamat', termasuk sebuah bas ekspres yang merempuh 10 kereta di lebuh raya PLUS semalam.
"Kementerian juga tidak teragak-agak menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atau mempunyai jumlah mata demerit sebagai 'hukuman lebih keras terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang'," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan di Bunut Rendang di sini, hari ini.
Liow berkata demikian bagi mengulas laporan media bahawa pemandu bas, yang merempuh 10 kereta itu, mempunyai sembilan saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dari 2011 hingga 2015.
Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik hari ini berkata syarikat bas itu juga dikenakan 63 saman.
Liow berharap kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan apabila Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dikuatkuasakan kelak.
"Kami terpaksa melaksanakan Awas dan Kejara. Penguatkuasaan akan dilakukan dengan menggunakan kamera.
"Jadi, tidak timbul isu penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan kerana kami menggunakan teknologi untuk mengenal pasti siapa yang melakukan kesalahan," katanya.
Bernama
Mon Jul 11 2016

LIOW: Kementerian juga tidak teragak-agak menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atau mempunyai jumlah mata demerit sebagai 'hukuman lebih keras terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.

Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.

Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.

Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.

Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.

Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.

Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.

17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.