KUALA LUMPUR: Pengawasan dan kawalan lebih ketat di laluan khas bas perlu dipertingkat demi memastikan kemudahan bagi kenderaan pengangkutan awam itu tidak disalahguna oleh pengguna jalan raya lain sekali gus dapat memastikan perkhidmatan itu dapat dilaksanakan lebih efisien.
Pengerusi Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) Ajit Johl berkata, walaupun di sekitar ibu negara terdapat banyak laluan khas bagi bas, namun ia sering 'diceroboh' oleh pengguna kenderaan persendirian menyebabkan pergerakan bas sering tersangkut dalam kesesakan trafik.
"Jika kerajaan membuat penambahan laluan khas bas, tetapi tanpa pengawasan dan tindakan tegas...ia tidak membawa beza. Sebaliknya kita perlukan laluan khas bas yang dikawal selia 24 jam dan mana-mana penceroboh laluan itu perlu dikenakan tindakan tegas.
"Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga boleh memasang pembahagi jalan (divider) bagi memisahkan laluan khas bas dengan laluan bagi kenderaan lain," katanya kepada Bernama, pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan perkhidmatan pengangkutan awam digunakan dengan lebih efisien bagi mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandar.
Selain itu, Ahmad Zahid turut mencadangkan PBT menambah laluan khas bas serta memperluaskan kaedah laluan kontra.
Mengulas lanjut, Ajit berkata, 4PAM turut bersetuju dengan saranan kerajaan supaya mengurangkan penutupan jalan susulan pembinaan jalan raya atau bangunan kerana penutupan jalan tanpa penyediaan laluan kontra atau alternatif akan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain kelewatan perjalanan bas.
"Semua agensi terlibat harus mengadakan koordinasi bersama dan syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam perlu diberikan notis (tutup jalan) untuk membuat persiapan awal (guna laluan alternatif ke destinasi), selain diwar-warkan kepada pengguna," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kawasan laluan khas bas seperti di Jalan Syed Putra dan Jalan Ampang hari ini, mendapati terdapat pengguna jalan raya masih memilih untuk menggunakan lorong khas itu walaupun terdapat papan tanda makluman laluan khas itu.
Berdasarkan pemakluman papan tanda berkenaan, lorong khas bas diaktifkan setiap hari bermula 6 pagi hingga 8 malam kecuali pada Ahad dan hari pelepasan am.
Sementara itu, dari perspektif pakar perancangan bandar, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim berkata, penggunaan pengangkutan awam yang cekap menjamin lebih ramai penumpang serta penting untuk memastikan sistem pengangkutan bersepadu.
Beliau berkata, ketersambungan yang lancar akan memastikan kecekapan sistem transit dan pengguna untuk menghubungkan masa dan penyediaan rel ke bas serta mod lain.
"Justeru, banyak laluan diperlukan untuk memastikan liputan lebih baik dalam perkhidmatan bas tetapi disebabkan beberapa jalan yang tidak mesra bas, kami memerlukan mod lebih kecil (seperti mobiliti mikro dan rangkaian pejalan kaki) sebagai pengangkutan pertama dan terakhir.
"Kami juga memerlukan bas lebih kecil untuk kawasan tempatan, membenarkan basikal dan e-skuter dan banyak rangkaian pejalan kaki yang sangat mudah diakses," katanya.
Dalam pada itu, Norliza berkata, orang ramai mesti boleh bergerak untuk keperluan harian yang ringkas dan perancangan bandar boleh memastikan keutamaan ditetapkan dengan betul - mengutamakan orang ramai, mengayuh, transit dan kenderaan persendirian.
"Selain itu, bangunan bersebelahan dengan stesen transit harus mula mengehadkan bilangan slot tempat letak kereta. Ini akan memastikan penggunaan sistem transit yang lebih baik dan mengurangkan kesesakan di kawasan berkaitan.
"Pembangunan berorientasikan transit (TOD) bermaksud aktiviti bercampur, tempat letak kereta yang lebih sedikit, persekitaran boleh berjalan kaki dan kemudahan tempat letak kereta berkongsi, bukan hanya kepadatan lebih tinggi," katanya sambil menambah bahawa kita akan melihat integrasi perkhidmatan pengangkutan awam padu di bandar yang didominasi transit awam. - BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Pengawasan dan kawalan lebih ketat di laluan khas bas perlu dipertingkat demi memastikan kemudahan bagi kenderaan pengangkutan awam itu tidak disalahguna oleh pengguna jalan raya lain. - Gambar fail/BERNAMA

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Salah guna laluan bas, pengguna mungkin dikenakan tindakan lebih ketat - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.

Tingkat kawalan, elak laluan khas bas 'diceroboh' pengguna jalan raya
Tiada perbezaan jika kerajaan membuat penambahan laluan khas bas, namun, tanpa pengawasan dan tindakan tegas.