Ringkasan AI
- Peningkatan produktiviti boleh dicapai melalui program menambah kemahiran seperti TVET, penguasaan teknologi AI, dan pusat kecemerlangan.
- Syarikat pelabur seperti Nvidia, Google, Microsoft, dan Infineon diwajibkan mewujudkan pusat kecemerlangan untuk latihan kemahiran.
- Langkah ini bertujuan memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
"Syarikat-syarikat yang masuk melabur (ke Malaysia), kita syaratkan mewujudkan pusat kecemerlangan. Ini termasuk Nvidia, Google, Microsoft dan Infineon.
"Kesemuanya mewujudkan pusat kecemerlangan untuk latihan menambah kemahiran, terutamanya AI.
"Saya akui AI ini satu pendekatan yang mencabar kerana walaupun kita jadikan ini dasar yang jelas tetapi penguasaannya itu masih terbatas," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang ingin tahu mengenai perancangan kerajaan bukan sahaja untuk menaikkan gaji, malah meningkatkan kadar produktiviti pekerja bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.
-- BERNAMA
