KUALA LUMPUR: Matlamat kerajaan meningkatkan purata pendapatan isi rumah kira-kira RM10,000 sebulan pada 2025 selaras dengan harapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu untuk perkhidmatan awam diwujudkan.
Presidennya Adnan Mat berkata pihaknya berharap kerajaan menyediakan peruntukan dalam Belanjawan 2022 bagi mewujudkan SSM baharu memandangkan sejak penggubalannya pada November 2002, ia tidak pernah dikaji atau ditambah baik sehingga hari ini.
"Pelaksanaan sistem saraan baharu perlu dilakukan bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem yang diwujudkan 19 tahun lalu.
"Ia juga boleh menjadi permulaan kepada kerajaan dalam merangka jalan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah yang ketika ini sekitar RM7,901 pada tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengenai inisiatif untuk mengkaji cadangan memperkenalkan Akta Perkhidmatan Awam, Adnan berkata ia wajar disokong bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam urus tadbir perkhidmatan awam kerana membolehkan pengasingan kuasa dan tanggungjawab antara anggota pentadbiran dengan penjawat awam.
"Jika berlakunya campur tangan dalam urusan penjawat awam, sudah tentu akan mewujudkan isu konflik kepentingan dalam kalangan anggota pentadbiran manakala penjawat awam sukar untuk melaksanakan dasar dengan jayanya.
"Pengasingan kuasa sebenarnya sudah wujud, namun sering kali disalah erti kerana tidak wujud ketegasan dalam undang-undang atau akta sedia ada...cadangan ini amat baik dan wajar disokong," katanya.
Menyentuh cadangan memperkenalkan Indeks Tadbir Urus Malaysia, Adnan berkata ia wajar bagi memastikan sesuatu dasar untuk rakyat dapat disampaikan dengan baik.
"Ia bukan suatu perkara baharu dalam sesebuah organisasi termasuklah dalam perkhidmatan awam kerana sudah tentu setiap perkara yang mahu dilaksanakan perlu ada suatu petunjuk prestasi utama (KPI) atau indeks ditetapkan bagi mengukur kejayaan tersebut.
"Mungkin namanya sahaja berubah tetapi pelaksanaannya tetap bermatlamat untuk memastikan rakyat menikmati hasil terbaik dan pada masa sama menjadi garis panduan kepada perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat agar selari dengan apa yang ditetapkan," katanya.
Selain itu, Adnan berkata Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi yang dilaksanakan kerajaan perlu didukung supaya setiap strategi dan inisiatif di bawah RMK12 dapat dilakukan secara tersusun dengan penuh integriti serta bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata pihaknya berharap kerajaan menyediakan peruntukan dalam Belanjawan 2022 bagi mewujudkan SSM baharu. - Gambar fail/BERNAMA

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Tingkat purata pendapatan selari cadangan pengenalan SSM baharu - Cuepacs
Matlamat kerajaan meningkatkan purata pendapatan isi rumah kira-kira RM10,000 sebulan pada 2025 selaras dengan harapan Cuepacs) agar Sistem Saraan Malaysia baharu untuk perkhidmatan awam diwujudkan.