JAKARTA: Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa agar kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Indonesia dan Malaysia dipertingkatkan ekoran terdapat potensi besar untuk jalinan kerjasama.
Beliau berkata, lebih 20 memorandum dan perjanjian telah ditandatangani pada 2023, memfokuskan kepada objektif seperti dwi ijazah sarjana dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
"Dalam dunia yang saling berhubung adalah penting untuk kedua-dua negara saling menyokong bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan," kata Syed Md Hasrin.
Beliau juga menyuarakan harapan agar dasar pendidikan dan prosedur visa diubah, termasuk latihan praktikal di kedua-dua negara.
Berucap pada Syarahan Umum bertajuk 'Cooperation between Indonesia and Malaysia in Improving Education,' anjuran Universiti Darunnajah, beliau menggalakkan pensyarah menyertai penyelidikan dan pertukaran teknologi bertaraf dunia serta menonjolkan potensi pendidikan dalam talian menggunakan teknologi termaju.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia aktif menyokong pelaksanaan program dwi ijazah atau ijazah bersama serta menubuhkan kampus satelit bagi pemahaman budaya, peningkatan kualiti dan pengiktirafan global.
Menurut Syed Md Hasrin, institusi pengajian tinggi Malaysia telah mendapat pengiktirafan global, dengan kira-kira 150,000 pelajar antarabangsa dari 165 negara belajar di Malaysia tahun lepas, termasuk 10,300 dari Indonesia yang mengikuti pelbagai jurusan peringkat ijazah.
Pada 2023 sahaja, 6,280 pelajar Indonesia memperoleh visa pelajaran melalui Perkhidmatan Global Education Malaysia (EMGS).
Hubungan pendidikan yang kukuh antara kedua-dua negara, didorong oleh perkongsian bahasa, tradisi budaya dan kerjasama pendidikan, telah berterusan selama hampir 67 tahun.
"Sejak awal 1960-an, Malaysia telah menghantar pelajarnya ke Indonesia untuk meningkatkan modal insan dan menyokong pertumbuhan kompetitif Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024

Syed Md Hasrin menggesa agar kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Indonesia dan Malaysia dipertingkatkan ekoran terdapat potensi besar untuk jalinan kerjasama. - Gambar Bernama

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.

Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia-Indonesia tumpuan Dewan Rakyat
Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) minta Menteri Belia dan Sukan nyatakan rancangan menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak.

Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.

Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.

Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.

Tingkatkan kerjasama antara universiti Indonesia dan Malaysia - Syed Hasrin
Adalah penting untuk kedua-dua negara saling menyokong tingkatkan kecemerlangan pendidikan, kata Duta Malaysia ke Indonesia.

Kerajaan yang stabil akan lonjak kerjasama ekonomi Malaysia-Indonesia
Kestabilan itu dijangka dapat secara signifikan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Hubungan Malaysia-Indonesia lebih utama berbanding masalah berbangkit antara kedua-dua negara - Anies Baswedan
Masalah yang timbul sebagai sebahagian daripada resam hidup berjiran dan akan diselesaikan dalam suasana persahabatan.

Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama
Mereka membincangkan usaha menambah baik prosedur bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan proses perdagangan.

Malaysia-Indonesia meterai enam kerjasama perkukuh hubungan dua negara
Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke