KUALA LUMPUR: Tinjauan yang dijalankan Europ Assistance (EA) dengan syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos menunjukkan 80 peratus responden Malaysia teruja untuk melancong tahun ini dengan lebih 72 peratus daripada mereka merancang untuk berbuat demikian tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif EA Asia Tenggara, Philippe Demangeat dalam kenyataan semalam berkata 69 peratus responden Malaysia merancang untuk melancong ke luar negara pada 2023, manakala 41 peratus berhasrat memilih pasaran ASEAN seperti Singapura, Thailand dan Filipina selepas pandemik.
"Rakyat Malaysia juga merancang untuk membelanjakan purata RM6,500 termasuk semua bagi setiap perjalanan, dengan purata 10 hari tempoh perjalanan. Peruntukan dan tempoh secara perbandingannya lebih rendah berbanding rantau lain, dengan inflasi dan kos sebagai faktor utama," katanya.
Beliau berkata inflasi adalah punca utama yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia untuk mengembara manakala COVID-19 menduduki tempat kedua. Bagaimanapun, faktor inflasi turut memberi kesan kepada pilihan perjalanan di negara maju seperti Australia, Kanada, Eropah dan Amerika Syarikat.
Penyelidikan tinjauan kolaboratif itu adalah hasil daripada Barometer Percutian edisi ke-22 EA mengenai pilihan perjalanan merentasi 15 negara termasuk Malaysia.
Tinjauan itu dijalankan dalam kalangan 15,000 individu, dengan 1,000 responden dari setiap negara, termasuk Malaysia, Australia, Poland, Czechoslovakia, Austria, Itali, Jerman, Sweden, Belgium, Perancis, Sepanyol, Portugal, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Philippe Demangeat berkata, inflasi adalah punca utama yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia untuk mengembara manakala COVID-19 menduduki tempat kedua. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tinjauan: 72 peratus rakyat Malaysia merancang untuk melancong tahun ini
Tinjauan mendapati 69 peratus responden Malaysia merancang melancong ke luar negara, manakala 41 peratus memilih pasaran ASEAN.

274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.

Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Lebih separuh responden pilih untuk tinggal di penginapan Airbnb ketika melancong dalam negara - Kajian
Hasil kaji selidik menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek beri manfaat kepada masyarakat tempatan.

Apa persediaan wanita mengandung sebelum naiki pesawat? Ini penjelasan doktor
Wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu.

COVID: Jangan alpa SOP ketika melancong - Nancy
Rakyat Malaysia diingatkan agar menjadi pelancong bertanggunjawab tanpa alpa atau leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor itu.

'Travel bubble' zon hijau mampu bantu pulih sektor pelancongan - Nancy
Sekiranya diluluskan, langkah itu akan memberi kelegaan kepada pemain industri yang kini semakin tertekan dengan situasi semasa.

Persatuan pelancongan tidak tahu peruntukan disediakan dalam Belanjawan 2021 - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mereka berasakan sedemikian kerana tidak tahu adanya peruntukan RM200 juta disediakan untuk memulihkan sektor pelancongan.

Pulau Perhentian, istimewanya hanya orang luar yang tahu...
Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, Pulau Perhentian tiada dalam senarai destinasi percutian yang dituju.

Sempadan negara dilonggarkan?
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan kemungkinan sempadan negara jiran akan dilonggarkan jika kes transmisi tempatan terkawal.