Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab dalam mengiklankan penjualan tanah milik kumpulan itu di sebuah laman web popular sejak sebulan lalu.
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tanah seluas 2,023 hektar (5,000 ekar) di Mukim Lenggong itu telah dibeli oleh PPPNP daripada Majuperak holdings Berhad untuk tujuan perladangan kelapa sawit.
Mengikut iklan yang disiarkan, harga tanah yang ditawarkan ialan RM12,000 seekar atau RM60 juta untuk 5,000 ekar.
Datuk Zambry yang juga merupakan pengerusi PPPNP berasa hairan bagaimana sebuah laman web yang menjadi rujukan boleh mengeluarkan iklan seumpama itu tanpa merujuk kepada pihak perbandaran pertanian terlebih dahulu.
“Kita mengharapkan dengan laporan tersebut, kita dapat menyiasat mereka yang menjadi dalangnya termasuk laman web berkenaan yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan berkaitan lelongan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP di sini pada Isnin.
Dr Zambry juga berkata bahawa pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu sesuka hati meneroka tanah-tanah kerajaan dan menjual secara lot-lot yang dipecahkan.
“Kerajaan akan terus memburu mereka ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk meminta kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan ini.
“Kita tidak akan tutup kes-kes seperti ini,” tegas beliau.
Astro Awani
Mon Dec 19 2016
DR ZAMBRY: Tanah seluas 2,023 hektar (5,000 ekar) di Mukim Lenggong itu telah dibeli oleh PPPNP daripada MajuPerak Holdings Berhad untuk tujuan perladangan kelapa sawit. - Gambar BERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Tipu lelong tanah PPPNP di laman web terkenal
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tanah seluas 2,023 hektar (5,000 ekar) di Mukim Lenggong itu telah dibeli oleh PPPNP.