Mahkamah Sesyen Selasa meminda lima pertuduhan menipu dalam kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) membabitkan Datuk Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu pengerusi NFCorp, untuk memasukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan itu.
Hakim Rozilah Salleh meminda kelima-lima pertuduhan menipu itu dalam penghakimannya semasa memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta, dua tahun lepas.
Rozilah membuat pindaan itu mengikut Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim itu juga memerintahkan Shamsubahrin, 47, seorang ahli perniagaan membela diri terhadap 17 lagi pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang sama (RM1.755 juta).
Dalam keputusannya, Rozilah berkata mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Selepas membacakan keputusannya, Rozilah meminta jurubahasa mahkamah membacakan semula kesemua pertuduhan pindaan itu kepada Shamsubahrin. Dia mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shamsubahrin, didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir bagi membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid's Pub di H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku di sini pada 6 petang, 20 Nov 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua hingga kelima, Shamsubahrin didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan untuk melakukan kerja-kerja konsultan.
Perbuatan itu mendorong Mohamad Salleh menyerahkan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM1.755 juta dan mempercayai sebahagian daripada wang itu adalah untuk bayaran perkhidmatan rundingan, nasihat dan untuk diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat polis berkaitan NFCorp.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa buah bank di Taman Tun Dr Ismail; Kuala Lumpur City Centre (KLCC); dan di Petaling Jaya antara 25 Nov 2011 dan 5 Dis 2011.
Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia juga berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kerana terdapat elemen baharu dalam pertuduhan yang memerlukan pihaknya menentukan saksi-saksi yang bakal dipanggil dalam perbicaraan membela diri.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan dan tiga hari mulai 20 Feb tahun depan untuk perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.
Bernama
Wed Nov 27 2013
![Tipu NFCorp: Mahkamah pinda pertuduhan dengan masukkan nama Tun Mahathir Tipu NFCorp: Mahkamah pinda pertuduhan dengan masukkan nama Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81385510277_295x200.jpg)
Gambar fail ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail (kiri) di Mahkamah Sesyen pada 21 Mei 2013. --fotoBERNAMA
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692334130_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC).
![Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-08/51471847194_PerbadananFidlotNa.jpg)
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.
![Bicara kes saman kerajaan Malaysia terhadap NFC bersambung 24 Jan 2022 Bicara kes saman kerajaan Malaysia terhadap NFC bersambung 24 Jan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609313356_TBNFCKESx.jpg)
Bicara kes saman kerajaan Malaysia terhadap NFC bersambung 24 Jan 2022
National Feedlot Corporation (NFC) akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya.
![Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614598618_NurulIzzah.jpg)
Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.
![JMM gesa polis siasat kemungkinan parti, ahli politik terlibat kartel daging JMM gesa polis siasat kemungkinan parti, ahli politik terlibat kartel daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61609243448_JMM.jpg)
JMM gesa polis siasat kemungkinan parti, ahli politik terlibat kartel daging
Kemungkinan itu perlu disiasat kerana ia mungkin menjadi faktor kegiatan berkenaan berleluasa selama bertahun-tahun.
![Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550220077_Awangazman.jpg)
Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.
![Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551434684_RafiziRamli.jpg)
Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 November depan untuk keputusan rayuan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mereka mengikut BAFIA, tahun lalu.
![NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564029608_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.
![Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554820564_DATUKSALAHUDDINAYU.jpg)
Isu NFC perlu di selesaikan segera - Salahuddin Ayub
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu isu National Feedlot Corporation (NFC) dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam.
![Pengambilalihan NFC dimuktamadkan dalam masa terdekat Pengambilalihan NFC dimuktamadkan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554820564_DATUKSALAHUDDINAYU.jpg)
Pengambilalihan NFC dimuktamadkan dalam masa terdekat
Datuk Salahuddin Ayub berkata kajian juga sedang dijalankan dari segi undang-undang dan kesan kepada kementerian.