KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menipu sebuah syarikat berhubung pinjaman berjumlah RM5 juta lima tahun lalu.
Tertuduh, Teoh Soo Beng, 56, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dan pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan empat unit kediaman di Pulau Pinang yang dijadikan cagaran bagi pinjaman wang berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Syarikat Puas Murni Sdn Bhd untuk memberikan pinjaman wang RM5 juta kepada tertuduh dengan memasuki perjanjian pinjaman dan perjanjian pinjaman dan penyerahan hak bertarikh 25 Mei 2017 di Plaza Riverwalk, No 1, Jalan Selvadurai Off Jalan Sultan Azlan Shah antara Mei 2017 dan September 2019.
Tertuduh didakwa memperdayakan syarikat terbabit untuk mempercayai bahawa empat harta milik tertuduh iaitu unit kediaman di Jazz Suite, Jalan Seri Tanjung Pinang 1, Tanjung Tokong, Pulau Pinang akan dijadikan sebagai cagaran dalam perjanjian tersebut.
Ia bagi mendorong syarikat itu memberikan pinjaman wang RM5 juta kepada tertuduh.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan pecah amanah dengan menjual empat harta cagaran berkenaan dengan melanggar terma perjanjian pinjaman wang dan perjanjian pinjaman serta penyerahan hak yang ditandatangani dengan Syarikat Puas Murni.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara November 2018 dan September 2019 di lokasi sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan sebat atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan pilihan pula, tertuduh didakwa menyalahgunakan empat harta sama yang telah dijadikan sebagai cagaran dibawah perjanjian pinjaman wang dan perjanjian pinjaman dan penyerahan hak yang ditandatangani dengan syarikat sama di Gurney Tower, Persiaran Gurney, Pulau Pinang antara Mei 2017 dan September 2019.
Pertuduhan dikemukakan dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri manakala tertuduh diwakili peguam S Raveentharan.
Mahkamah menetapkan 21 September depan bagi sebutan semula kes.
Fareez Azman
Tue Aug 02 2022

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan. - Gambar fail

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Tipu pinjaman wang RM5 juta, bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah
Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat berhubung pinjaman berjumlah RM5 juta.