AYER KEROH: Polis memburu seorang lelaki yang bertindak membuat panggilan palsu kononnya telah membunuh isterinya di sebuah rumah di Ayer Keroh, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berkenaan dibuat seorang lelaki berusia 33 tahun menerusi panggilan telefon di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira pukul 7.30 petang, Rabu lalu.
“Apabila menerima laporan itu, sepasukan 20 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi dan siasatan yang turut melibatkan Unit Forensik di sekitar kawasan perumahan terlibat bagaimanapun mendapati tiada sebarang kes jenayah dilaporkan.
“Pihak polis amat memandang serius perkara ini dan kita sedang mengesan lelaki berkenaan melalui nombor telefon yang digunakan,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut ujarnya, hasil siasatan juga mendapati alamat yang diberikan juga bukan rumah lelaki berkenaan dan milik individu lain.
“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana perbuatan sebegini menyebabkan pembaziran tenaga yang mana pihak polis perlu melakukan siasatan terhadap kes yang tidak berlaku.
“Pihak polis juga akan pastikan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada masyarakat,” katanya lagi.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jul 15 2022

Christopher berkata, laporan berkenaan dibuat seorang lelaki berusia 33 tahun menerusi panggilan telefon di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira pukul 7.30 petang, Rabu lalu. - Foto Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.

Tiada petunjuk bot bawa 10 PATI karam, operasi SAR dihenti
Operasi SAR dihentikan jam 7.30 malam selepas pihaknya tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk kejadian itu benar-benar berlaku.

Tipu polis bunuh isteri, lelaki diburu
Polis memburu seorang lelaki yang bertindak membuat panggilan palsu kononnya telah membunuh isterinya di sebuah rumah di Ayer Keroh kelmarin.

TH nasihat pendeposit hati-hati taktik sindiket panggilan palsu
Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah menghubungi pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.

Ancaman bom di bangunan Sri Pentas palsu
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Calon 'heavyweight' BN dan PH terus 'diserang' panggilan palsu!
Calon dari kem Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah diganggu dengan panggilan yang tidak dikenali.

Suami mengaku buat panggilan palsu agar ditangkap khalwat dengan isteri
Suami mengaku buat panggilan kepada Jawi tentang melibatkan khalwat dia dan isteri kemudian bertindak menyaman jabatan itu kerana membuat tangkapan yang salah.

Waspada dengan panggilan individu tidak dikenali - Polis
Polis menggesa orang ramai di Sibu digesa agar tidak melayan sebarang panggilan daripada orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa penipuan 'Macau Scam'.

Lelaki maut ditembak polis gara-gara panggilan palsu
Polis Wichita mengesahkan menerima panggilan kecemasan yang mengatakan bahawa mangsa telah menembak mati ayahnya dan akan menembak ibunya serta menjadikan adik beradiknya sebagai tebusan.

Panggilan bom palsu, pengadu mabuk
Dalam kejadian sekitar 7.25 malam itu, beberapa pasukan unit bom polis bergegas ke lokasi setelah menerima laporan mengenai penemuan bom di sebuah rumah teres di Buntong Jaya, dekat sini.