KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata siasatan mendapati tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 yang membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.
Beliau berkata pengguna yang berminat menggunakan aplikasi tersebut perlu memasukkan sejumlah wang dan akan diberikan penjimatan hingga 50 peratus bagi setiap pembelian selain menerima mata ganjaran yang boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau wang tunai.
"Pada peringkat awal, urus niaga dan penebusan mata ganjaran melalui aplikasi ini berjalan lancar namun masalah mula timbul pada penghujung 2022 apabila pengguna gagal untuk membuat pembelian serta penebusan mata ganjaran.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Oktober tahun lepas telah mengeluarkan kenyataan berhubung serbuan terhadap syarikat yang terbabit dengan kegiatan itu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
Jumaat lepas, media melaporkan kira-kira 100 laporan polis dibuat membabitkan kerugian hampir RM5 juta berhubung penipuan tawaran baucar atau e-ganjaran yang menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Kira-kira 100 laporan polis dibuat membabitkan kerugian hampir RM5 juta berhubung penipuan tawaran baucar atau e-ganjaran yang menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.

Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.

3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Langkah perluas bantuan e-dompet bukti kerajaan dengar suara mahasiswa
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.

Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.

ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.

Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.

Prasarana akan perluas kolaborasi bagi mudahkan transaksi tanpa tunai
Kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam akan menjadi lebih mudah.