KERAJAAN baharu sahaja selesai membentangkan Belanjawan Tahun 2020. Sekalipun ada kritikan pedas dan sindiran, itu adalah asam garam sebagai kerajaan. Yang penting, kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab membentang perancangan kewangan negara untuk tahun berikutnya. Sama ada diluluskan atau ada pindaan, bergantung kepada kebijaksanaan 222 orang Ahli Dewan Rakyat berbahas. Merekalah yang berhak menyuarakan hasrat rakyat di dalam dewan yang mulia itu.
Dalam suasana perbahasan belanjawan ini, banyak juga saya membaca kiriman melalui WhatsApp berkaitan ekonomi dan perpaduan. Sebelum itu pun, banyak pelajar yang bertanyakan pandangan dan membincangkan perihal ekonomi di dalam kuliah bagi kursus Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia. Agak mengkagumkan kerana pandangan pelajar berkaitan hal ini tidak dilihat dalam takrifan sempit, tetapi lebih menjurus kepada everyday define (takrifan semasa).
Lazimnya, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi sandaran perbincangan. Berbekalkan fakta daripada pelbagai buku dan artikel mereka membentangkan hujah masing-masing. Sekalipun mereka mengikuti bidang Perubatan dan Sains Kesihatan, pandangan mereka tetap melengkapkan ilmu kepada seorang pensyarah. Sesekali terasa seolah-olah mereka seperti Yang Berhormat yang sedang berbahas di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Inilah kelebihan yang ada kepada pelajar generasi kini yang perlu digilap sebagai pemimpin pada masa akan datang. Dengan erti kata lain mereka perlu disedarkan akan kelebihan dan kekuatan diri masing-masing, bukannya menjumudkan mereka dengan kursus teras semata-mata. Sekalipun bakal bergelar sebagai doktor, ahli farmasi, jururawat, atau ahli radiografi, realiti persekitaran adalah lebih penting dalam menentukan kerjaya tersebut.
Elak bermain sentimen kaum
Berbalik kepada isu ekonomi dan perpaduan, umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum. Dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan penjajah British akan dipersalahkan sebagai punca tercetusnya tragedi hitam ini. Semua ini bukan rahsia lagi dan diakui oleh sejarawan, ahli ekonomi dan politik seperti Archana Sharma melalui karyanya ‘British Policy Toward Malaysia 1957-1967’ (1993), Jomo. K.S. melalui karya ‘Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia’ (1988), dan Ahmad Atory Hussian melalui bukunya ‘Kepimpinan Masa Depan: Berakhirkah Dilema Melayu’ (1987).
Penjajah menikmati sumber ekonomi seperti bijih timah dan getah, tetapi masyarakat di sini bukan sahaja ditinggalkan dalam situasi kemiskinan malah berbalah dan bercakaran sesama sendiri. Orang Melayu gagal menyaingi kelompok kapitalis asing lantaran kurang pengetahuan, pengalaman dan modal. Orang Melayu hanya memiliki sekitar 1.5 peratus saham hingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap orang Cina yang memiliki 22.8 peratus manakala orang asing 52.1 peratus. Malahan, situasi ini turut mendapat kritikan pemimpin muda UMNO ketika itu seperti Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam yang menganggap ia adalah kelemahan pihak kerajaan. Akhirnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sebagai ramuan menyatupadukan kaum di Malaysia.
Semua ini adalah catatan fakta sejarah yang perlu dijadikan pengajaran dalam merangka mekanisme perpaduan kaum. Lebih baik mengingatkan generasi kini agar mengelak daripada mencetuskan perkara seperti ini. Pesankan juga kepada mereka betapa sukarnya berada dalam ‘gelombang darurat’ – tidur tidak lelap, jantung berdebar-debar, makan dan minum tidak menentu dan pelbagai kepayahan lagi akibat bermain dengan sentimen kaum. Konklusinya, tidak perlu lagi mengungkit perihal seperti ini – yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Racun perpaduan
Ternyata, faktor ekonomi tidak boleh dipandang enteng dalam mengikat perpaduan antara kaum. Pengagihan kek ekonomi bukan sahaja perlu mengambil kira kedudukan peribumi asal malah nisbah peratusan antara kaum. Jauh sekali jika dasar ini beroperasi seperti Robin Hood, Panglima Nayan atau Salleh Tui yang mengambil dari yang kaya untuk diberikan kepada yang miskin. Sebaliknya, dasar afirmatif yang dipraktikan adalah ‘diskriminasi’ yang dibenarkan seperti dalam Perkara 8, Perkara 12, dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tanpa menganiayai kaum-kaum lain.
Andai tidak mengambilkira nisbah peratusan kaum agak sukar untuk menegakkan equality (kesamarataan) dan equity (keadilan). Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam mengagihkan peratusan tersebut agar tidak menjadi racun hingga membunuh perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, bantuan atau subsidi aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu perlulah diberi keutamaan. Tanpa mengira kaum, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih untuk kursus-kursus kemahiran bagi mengeluarkan golongan B40 daripada garis kemiskinan. Semua ini penting agar antara kaum tidak saling memandang sinis dan curiga antara satu sama lain.
Namun, hal ini tidak pula mengetepikan peruntukan aktiviti ekonomi di bandar kerana golongan B40 boleh wujud sama ada di bandar mahu pun luar bandar. Dalam hal ini, mungkin pihak kerajaan boleh mewujudkan Dana Pejaja dan Peniaga Bandar untuk memberi pinjaman kepada mereka untuk memajukan atau menambah baik perniagaan sedia ada. Bagi yang berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan pula dibantu dan dibimbing untuk mendapatkan pasaran atau jaringan meluaskan perniagaan. Selain itu, koperasi-koperasi yang berteraskan perniagaan perlu diperkukuhkan dalam merancakkan sumber rezeki masyarakat tersebut.
Biar panas hingga ke petang
Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, ada baiknya kita kembali kepada fitrah pluraliti, iaitu berkongsi ekonomi dalam acuan sesama warganegara Malaysia. Andai terdapat pihak yang menerima lebih, bertolak ansurlah bukan ‘menganalisis’ hingga menjerumus kepada pertikaian. Paling penting sama-samalah kita saling meredhai kurniaan rezeki di bumi Malaysia ini. Sekalipun terdapat persaingan ‘membolot’ dan menguasai ekonomi, pastikan ia tidak menganiayai dan menzalimi pihak lain. Perlu diingat dalam sebiji tembikai bukan semua yang dijorong rasanya manis, atau setangkai rambai masam semuanya!
Lantaran faktor ekonomi menjadi salah satu indikator kepada perpaduam kaum, maka pihak kerajaan khususnya perlulah berhati-hati menguruskan pengagihan kek ekonomi secara adil. Setiap mekanisme yang digunakan perlulah serasi dan sesuai dengan situasi masyarakat semasa agar nikmat itu terus ‘panas hingga ke petang’. Tidak ada gunanya mengumumkan pelbagai peruntukan, tetapi kemudiannya dimanipulasi oleh pihak tertentu hingga melahirkan ketidakpuasan hati dan prejudis antara kaum. Tidak ada gunanya mencanang ke hulu ke hilir jika lebih menguntungkan segelintir pihak sahaja akibat implimentasi yang longgar. Paling enak biarlah semua rakyat merasai nikmat makan isi dan menghirup kuah bersama-sama.
Justeru, janganlah kita campakkan diri ke dalam kelompok teknosis yang tenggelam dalam falasi taghut, iaitu mendewakan dan menyembah apa yang dihasilkan oleh tangannya. Kemudian, hanya berserah kepada takdir seperti kata Doris Day dalam lagunya “What will be, will be, que sera sera”. Menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama (2020-2030) sebagai legasi DEB adalah cabaran besar dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dikongsi secara adil tanpa mengira kaum dan lokasi.
Sebagai rakyat yang bertunjangkan Rukun Negara, janganlah padamkan titik perpaduan yang menjadi teras keharmonian dan keamanan itu. Laluilah jalan yang dirintis oleh para leluhur kita melalui slogan “Bhinneka Tunggal Ika” (pelbagai tetap besatu) berasaskan nilai-nilai yang disepakati bersama. Justeru, bersama-samalah kita noktahkan insiden Kampung Medan (2001) Plaza Low Yat (2015), dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariammam (2018) daripada berulang di negara ini.
* Penulis merupakan seorang pensyarah di UniKL RCMP Ipoh, Perak.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ibrahim Ahmad
Sun Oct 13 2019

Faktor ekonomi tidak boleh dipandang enteng dalam mengikat perpaduan antara kaum. - Gambar hiasan
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.

"Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik" - Anak Tun Dr Ismail
Keputusan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk kembali memimpin negara selepas hampir dua tahun berehat demi meluangkan masa bersama keluarga, mencerminkan keperibadian beliau.

Klip video amaran rusuhan, MCMC panggil TikTok beri penjelasan
Susulan penyebaran video berbaur provokasi yang tersebar di aplikasi TikTok, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil pihak pengurusan syarikat berkenaan.

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Mengenang Tun Rahah: Tenaga perkasa di belakang Tun Razak
Swee Tin berkata, Allahyarham juga antara individu yang sentiasa membawa ketenangan khususnya ketika era pemerintahan Tun Razak.

Titik perpaduan beracuan ekonomi
Umumnya masyarakat menerima fakta bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai antara kaum.

Kenapa perlu bangkitkan cerita 13 Mei? - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, sejarah itu harus dijadikan pengajaran selain memberitahu insiden itu berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Presiden Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada 21 September lalu adalah berbau hasuta

Ketakutan Melayu dan penyelesaian masalah perpaduan
Penyebaran mesej perpaduan dan fitrah manusia yang inginkan keharmonian perlu digerakkan dengan lebih radikal, berani dan melangkaui zon selesa jika mahukan hasil yang disasar menjadi realiti.

13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.

Kutipan filem 'Tanda Putera' disalur semula ke dalam dana program
Kutipan tayangan filem patriotik kontroversi Tanda Putera akan disalurkan semula ke dalam dana program bagi membangun dan memberi peluang kepada lebih banyak filem-filem kenegaraan dihasilkan.