LANGKAWI: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap agar penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di masa hadapan dapat menarik lebih banyak penyertaan tentera laut dari luar.
Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Yusne Mokhtar berkata ia kerana penyertaan tentera dari luar dalam program bertaraf antarabangsa itu membawa makna Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara yang terlibat sebagai peserta.
"...kita harap penyertaan lebih besar daripada tentera laut asing demi meningkatkan keselamatan maritim lebih terjamin, (ini kerana) apabila kita mendapat sahabat ramai kita boleh merasa lebih tenang dan kita mampu melaksanakan agenda-agenda selainnya seperti agenda ekonomi dan agenda politik yang lebih baik," katanya kepada Bernama.
Antara negara yang terlibat dalam segmen maritim LIMA '23 kali ini ialah Amerika Syarikat, Brunei, China, India, Indonesia, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Thailand.
Mengulas mengenai sambutan pengunjung bagi segmen maritim LIMA '23 kali ini, Ketua Sekretariat Segmen Maritim LIMA '23 itu berkata kunjungan diterima amat menggalakkan dengan kehadiran pada hari ini mencatatkan sebanyak 24,000 pengunjung hadir bagi merasai pengalaman yang disediakan di Resort World Hotel Langkawi iaitu, lokasi segmen maritim diadakan.
"Walaupun begitu saya berpandangan untuk penganjuran LIMA seterusnya, ia harus dilaksanakan pada musim cuti sekolah bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir," katanya.
Beliau turut berharap segmen maritim dapat membuka mata pengunjung terhadap kepentingan keupayaan negara dari sudut maritim yang dapat menyumbang kepada kekayaan dan kemakmuran negara.
Segmen maritim, antaranya mempamerkan kemampuan tempur aset-aset ketenteraan dan agensi penguatkuasaan negara melalui demonstrasi yang dilakukan dan turut menonjolkan pameran berkaitan keupayaan mereka menerusi pameran statik.
LIMA '23 bermula pada 23 Mei dan berakhir hari ini. Bagi segmen aeroangkasa tiga hari pertama hanya dibuka kepada pelawat perdagangan manakala baki dua hari terakhir dibuka untuk orang awam namun bagi segmen maritim ia dibuka lima hari sejak hari pertama penganjuran program dwitahunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Laksamana Pertama Yusne Mokhtar berkata ia kerana penyertaan tentera dari luar dalam program bertaraf antarabangsa itu membawa makna Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara yang terlibat sebagai peserta. - BERNAMA
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.

645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.