Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS menerusi media sosial.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.
"Kita telah menarik mereka untuk disoal siasat dan mendapat bantuan daripada polis untuk melaksanakan siasatan terperinci. Kita juga dimaklumkan pihak polis bahawa hasil siasatan mereka terhadap kumpulan itu ada mengaitkan anggota TLDM.
"Dalam hal ini, kita merelakan mereka (anggota TLDM) untuk disoal siasat dengan harapan kegiatan IS ini dapat dihapuskan secara keseluruhan.
"Kita selalu mengingatkan anggota kita pada setiap kali khutbah (Jumaat), ceramah dan perjumpaan bahawa kumpulan IS ini adalah ancaman kepada negara," katanya.
Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Istiadat Perbarisan dan Mengarak Panji-Panji bersempena Sambutan Hari TLDM ke-81 di Padang Kawad, KD Pelandok di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Panglima Bantuan Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya menubuhkan Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang pertama dalam Pangkalan TLDM dan ia bakal diperluas ke beberapa pangkalan lain dalam masa terdekat.
Beliau berkata pusat itu dibina bagi membantu anggota TLDM menangani masalah penjagaan anak, terutama ketika bertugas.
"Kita ambil maklum keperluan pusat asuhan dalam pangkalan, yang boleh memberi keselesaan dan keselamatan, dapat membantu mengurangkan tekanan kepada keluarga yang mempunyai isteri atau suami yang bekerja dan dengan fasiliti seperti yang ada di pusat asuhan tersebut, anggota boleh memberi penumpuan yang lebih mendalam kepada kerja masing-masing," katanya.
Beliau juga berkata pusat asuhan bekenaan akan dibina di Markas Wilayah Laut 1, Tanjung Gelang, Pahang dan Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini.
Abdul Aziz berkata pihaknya turut menaik taraf beberapa fasiliti di Pangkalan TLDM Lumut selain mewujudkan Kelab Rekreasi TLDM dan pusat gimnasium bagi menyediakan kemudahan secukupnya kepada anggota, terutama dari aspek sukan.
"Kita mahu menyediakan fasiliti secukupnya kepada warga TLDM, apatah lagi Pangkalan Lumut ini menampung kira-kira 25,000 penduduk.
"Kemudahan asasi ini disediakan mengikut peredaran masa dan keperluan teknikal terkini yang boleh dianggap kontemporari supaya warga TLDM merasakan bahawa mereka dalam perkhidmatan bertaraf dunia," katanya.
Bernama
Mon Apr 27 2015

TLDM sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS menerusi media sosial. - Gambar Hiasan

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Kekurangan aset punca pencerobohan sempadan - Panglima TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan penambahan aset, sekurang-kurangnya enam buah kapal laut lagi untuk menjaga sempadan negara.

Orkim Harmony: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
Anak kapal MT Orkim Harmony cedera ditembak lanun ketika sedang membuka pintu untuk membuang sampah pada 11 Jun lepas, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.

Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.

Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.

Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan bahawa beliau diugut dan keluarganya diancam ketua lanun.

Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.

TLDM hantar empat aset bantu Rohingya
TLDM menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya.

TLDM kenal pasti anggota terlibat IS menerusi media sosial
TLDM sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS menerusi media sosial.