Seramai 87 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman ekoran laut bergelora dan cuaca buruk selamat tiba dengan Kapal KD Terengganu di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang dekat sini pada Rabu.
Mereka tiba pada pukul 6.30 petang di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1).
TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan sepatutnya 123 pelancong menaiki kapal berkenaan namun yang selebihnya memilih untuk menaiki feri.
"Misi bantuan turut mendapat perhatian daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan penyediaan pengangkutan untuk menghantar semula pelancong yang terkandas ke Terminal Feri Mersing, Johor," kata kenyataan itu.
Kapal KD Terengganu dilapor bertolak dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada tengah malam tadi dengan misi membawa bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin untuk diberikan kepada penduduk Pulau Tioman yang terputus bekalan makanan akibat cuaca buruk.
Seorang pelancong yang diselamatkan itu Mimi Yuhani Adam, 45, dari Kuala Lumpur berkata beliau, suami serta anak-anaknya terkandas di pulau berkenaan sejak Ahad lepas.
Beliau berkata mereka datang untuk bercuti di Pulau Tioman selain suaminya mahu bertemu rakannya.
"Namun, baru diketahui rakannya itu telah berpindah ke Kuantan. Hendak berpatah balik sudah tidak boleh sebab kami telahpun berada atas feri.
"Apabila kami dimaklumkan tiada feri untuk menghantar kami ke jeti akibat cuaca buruk, kami kembali menginap di pulau itu," katanya.
Turut terkandas sejak Ahad lepas ialah Teo Kiang Mou, 38, dari Johor Bahru yang pertama kali datang bercuti sempena Tahun Baru Cina ke Pulau Tioman bersama keluarganya serta 26 orang rakan-rakannya.
"Ketika terkandas, saya menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan susu dan lampin anak saya dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang kampung untuk menggunakan bot pergi ke Kampung Tekek bagi membelinya," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 15 2017
Seramai 87 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman dekat Rompin akibat laut bergelora dan cuaca buruk selamat tiba dengan Kapal KD Terengganu di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. - Gambar fail
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Mesir sedia terima pesakit Palestin melalui lintasan Rafah
Lintasan Rafah kembali beroperasi, membenarkan rakyat Palestin yang cedera atau sakit memasuki Mesir untuk rawatan. Hanya kes kritikal dibenarkan keluar dari Gaza buat masa ini.
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menegaskan Kaherah mempunyai visi jelas membina semula Gaza tanpa pengusiran rakyat Palestin, serta menawarkan persidangan untuk usaha tersebut.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Hezbollah di Lubnan mengumumkan upacara pengebumian Hassan Nasrallah, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel. Ketegangan terus memuncak di selatan Lubnan.
Turki pertahan Palestin, temui pemimpin Hamas di Qatar
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, bertemu pemimpin Hamas di Qatar, membincangkan gencatan senjata dan sokongan kemanusiaan, serta menentang rancangan pemindahan rakyat Palestin.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
Tukun gerabak LRT pertama di Pulau Tioman
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Sultan Pahang zahir hasrat jadikan Pulau Tioman pulau contoh
Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh.
Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.
Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.
Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.
Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya.
Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang hari ini.
Hanya pelancong yang sudah buat tempahan sahaja dibenarkan ke Pulau Tioman
Pelancong yang ingin mengunjung ke Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik selain lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan tersebut.