Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu menyelamatkan kapal tangki minyak MT Ai Maru yang ditawan lanun Sabtu di Selatan Pulau Aur, Mersing.
Dalam satu kenyataan malam Ahad, Kementerian Pertahanan berkata kapal milik Singapura itu yang membawa 'Marine Gas Oil' telah ditawan lanun kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Aur kira-kira 8.30 pagi Sabtu dan diselamatkan kira-kira 1.40 pagi Ahad.
"Sebaik menerima laporan, KD Terengganu yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah diarahkan untuk memintas kapal tangki itu dan kemudian mengesannya bersauh di posisi 155 Pulau Aur.
"Perhubungan komunikasi dengan MT Ai Maru cuba diwujudkan namun gagal," menurut kenyataan itu.
Ia berkata bagaimanapun lanun telah melarikan diri dengan menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa selepas menyedari kehadiran KD Terengganu.
"Semua kru kapal dipercayai berada dalam keadaan selamat. Kapal kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan untuk siasatan lanjut," kata kenyataan itu.
Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Mohd Puzi Ab Kahar mengesahkan kapal tangki itu membawa kira-kira 700,000 liter minyak diesel yang bernilai RM1.4 juta.
Beliau berkata pihaknya turut menyiasat kemungkinan terdapat penglibatan orang dalam termasuk anak kapal dan kaptennya dalam kejadian itu.
Bernama
Sun Jun 15 2014

Kapal milik Singapura itu yang membawa 'Marine Gas Oil' telah ditawan lanun kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Aur kira-kira 8.30 pagi Sabtu

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.

Sivasangari tekad tingkat ranking dunia
Sivasangari berharap untuk meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mencapai ranking dunia tertinggi dalam kariernya baru-baru ini.
Industri teknologi Malaysia: Ekosistem & kemajuan
Malaysia telah menunjukkan perkembangan pesat dalam industri teknologi, menjadikannya salah satu pemain utama di rantau Asia Tenggara. Walaupun Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam industri teknologi, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi.

Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.

Tentera Laut India tahan 35 lanun, selamatkan 17 kru kapal kargo
Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.

Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan.

Selat Singapura tumpuan lanun
Menurut laporan ReCAAP, sekurang-kurangnya 38 kes rompakan bersenjata dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.

Perisian tidak sah: 'Beli daripada pihak sepatutnya, bukan daripada lanun' - Michael Ang
Lanun dapat untung, penggiat seni pula macam mana?

Lanun penyelidik asing terus 'merogol' hasil hutan negara
Tiada deskripsi am yang boleh diberikan melainkan golongan ini amat licik, tidak menghormati undang-undang negara.

Keselamatan perairan Sabah masih perlu diberi perhatian, kata IMB
Namun, IMB dalam laporan tahunannya mendedahkan bahawa Teluk Guinea berdepan ancaman lanun terburuk dan semakin berbahaya bagi pelaut sepanjang tahun lalu.

Wahai warga dunia, ketahuilah saya dan suami 'hantu lanun' sudah berpisah
Seorang wanita yang mengaku berkahwin dengan hantu lanun berusia 300 tahun pada Januari lalu, telah mengumumkan perpisahan mereka di Twitter.

Tiada mana-mana pihak jadi sasaran lanun - Penerbit filem PASKAL
Pihak berkuasa sentiasa memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat.