IPOH: Kapal Diraja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil menyelamatkan 14 mangsa di atas bot pancing Northern Hunter yang terapung selama tiga hari akibat kerosakan enjin berhampiran Pulau Perak, petang semalam.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataan memaklumkan bertindak atas maklumat, Pusat Operasi Markas Wilayah Laut 3, Pulau Langkawi mengatur gerak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang sedang dalam penugasan Operasi Rondaan Selat Melaka ke lokasi bot bagi menghulurkan bantuan.
"Setiba di lokasi, anggota teknikal kapal telah menyiasat punca enjin bot gagal dihidupkan dan mendapati ia diakibatkan oleh pukat yang bergumpal pada bebaling dan kemudi bot itu," menurut kenyataan berkenaan hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan KD Laksamana Tun Abdul Jamil telah menunda bot ke Pulau Segantang yang terletak sejauh 61 batu nautika (110 kilometer) dari lokasi kejadian dan setibanya pada 1.30 pagi, bot itu diserahkan kepada pemiliknya untuk ditarik ke jeti berhampiran bagi kerja-kerja pembaikan.
Kesemua mangsa yang terdiri daripada sembilan pemancing dan lima kru bot disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Tindakan pantas kapal yang di bawah pemerintahan Kdr Megat Mohamad Sofwan Firdaus Megat Mohamad Yunus selaku Pegawai Memerintah telah berjaya menyelamatkan nyawa dan bot yang mengalami kecemasan di laut.
"Insiden ini sekali lagi membuktikan komitmen TLDM dalam memelihara kesejahteraan komuniti maritim negara," menurut kenyataan itu.
KD Laksamana Tun Abdul Jamil ialah kapal jenis Korvet Kelas Laksamana yang mula berkhidmat dalam Armada TLDM sejak 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Kesemua mangsa yang terdiri daripada sembilan pemancing dan lima kru bot disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. -Facebook TLDM
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.