Syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) perlu mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan akses capaian Internet ke seluruh negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata menjadi dasar kerajaan untuk membekalkan akses Internet jalur lebar kepada semua dan memberi penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang terbaik.
"Dasar kerajaan untuk bekalkan akses kepada semua bukan sekadar pembekalan sahaja tetapi beri penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang baik dan dapat bersaing dengan negara lain pada tahap antarabangsa," kata Gobind Singh menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih tidak stabil serta harga yang tidak berpatutan di beberapa lokasi di seluruh negara.
"Perkara ini dalam perhatian Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Perbincangan akan diadakan dengan semua telco yang menawarkan pakej baharu dalam masa terdekat," katanya.
Gobind Singh turut meminta TM untuk menilai semula perkhidmatan Internet Streamyx yang didakwa kurang memuaskan.
"TM perlu jelaskan masalah dengan Streamyx dan apakah kekangan yang wujud dari segi infrastruktur yang halang kelajuan. Juga nyatakan cadangan langkah yang akan diambil untuk atasi masalah ini.
"Dalam usaha untuk mencapai sasaran, akses kepada semua, kelajuan lebih tinggi, harga lebih rendah dan kualiti lebih baik, semua pihak perlu berganding bahu serta melaksanakan peranan mereka. Pengemaskinian yang sentiasa dilakukan di pihak semua telco sangat penting," katanya.
Sementara itu, TM Group dalam maklum balas di akaun Twitter mengambil maklum dengan komen dan saranan yang diberikan.
"TM sedang giat bekerjasama dengan pihak kementerian serta industri dalam meningkatkan akses jalur lebar, tahap kemampuan dan juga kelajuan untuk semua rakyat Malaysia," menurut catatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 10 2018

Gobind Singh turut meminta TM untuk menilai semula perkhidmatan Internet Streamyx yang didakwa kurang memuaskan.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PBB seru Israel benarkan akses ke utara Gaza untuk operasi kemanusiaan
PBB pada Isnin mendesak Israel untuk membenarkan akses kemanusiaan ke Utara Gaza, menekankan keperluan mendesak di kawasan itu.

Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan.

Banjir: SKMM telah diminta tambah baik akses internet, telefon di PPS - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil kira pandangan pihak media dan aduan orang ramai yang terjejas akibat bencana itu.

Facebook, Instagram sekali lagi alami gangguan
Kami sedar beberapa orang menghadapi masalah untuk akses aplikasi dan produk kami, menurut kenyataan Facebook.

Laman web UPUOnline ada masalah, tidak boleh diakses?
Ramai yang teruja namun perasaan itu terbantut seketika apabila ramai mendakwa laman web UPUOnline menghadapi masalah.

Vaksin COVID-19: Kanada sumbang 100 juta dos kepada negara miskin
Kanada adalah antara empat negara yang memenuhi garis panduan yang ditetapkan 'ACT mechanism' dalam mengedarkan vaksin secara global.

Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.

Pelaksanaan JENDELA di landasan tepat, capai sasaran - Saifuddin
Fokus Fasa 1 JENDELA diberikan kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis.

Vaksin COVID-19: AS umum langkah terbaharu program vaksinasi
Rakyat perlu terus waspada susulan gelombang keempat yang dijangka berlaku.